8 Tips Kesihatan Untuk Anak-Anak Yang Bakal Menghadapi Peperiksaan

Ramai tahu bahawa UPSR bakal menjelma kurang dari sebulan dari sekarang. Selain persiapan mental, fizikal anak-anak juga perlu dipersiapkan. Kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda tips kesihatan menjelang peperiksaan yang boleh diterapkan ke dalam aktivit harian anda dan keluarga.

Amalkan makanan sihat

Seperti yang dijangkakan, tip pertama haruslah bermula dengan melihat apa yang anda masukkan ke dalam badan anak anda. Makanan sihat bermula dengan makanan yang bersih dan cara penyediaan yang elok dari segi syarak. Sekiranya makanan anda menepati syarak, sudah tentu ianya bersih lagi baik untuk anak anda.

Makan pada waktu yang sepatutnya

You are what you eat! Itu kata-kata barat. Mengikut sudut agama Islam pula., segala punca penyakit datangnya dari perut. Oleh itu, bukan sahaja jenis pemakanan yang perlu dititikberatkan, malah waktu dan jumlah makanan juga perlu untuk diperhatikan.

Susun jadual pembelajaran dan riadah

All work and no play makes Jack a dull boy. Tip ketiga ini memerlukan kerjasama kedu-dua pihak, iaitu ibu bapa dan anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan. Hal ini kerana, kanak-kanak sukar untuk menilai keutamaan sesuatu perkara dalam kehidupan harian mereka, oleh itu, ibu bapalah yang perlu membantu memberi mereka kesedaran.

Seterusnya perlaksanaan jadual pembelajaran dan riadah yang mampan haruslah dilaksanakan oleh anak-anak mengikut jadual waktu yang telah dipersetujui. Di sini, suka kami menasihati ibu bapa agar tidak terlalu mengongkong dan juga tidak terlalu membiarkan anak-anak terlalu banyak bermain. Terlalu banyak belajar boleh menjadikan anak-anak kurang aktif, tetapi terlalu banyak bermain pula boleh menjadikan anak-anak kurang minat belajar.

Rehat secukupnya

Rehat boleh dilakukan melalui pelbagai cara, antaranya, qailullah, tidur sebentar, bersukan ringan atau sekadar berehatdi antara dua aktiviti tanpa berbuat apa-apa. Elakkan anak-anak dari terperangkap dengan gadget pada waktu rehat mereka. Ini kerana kebanyakan gadget hanya akan mengganggu mereka dari berehat sepenuhnya.

Elakkan terdedah dengan perkara yang mengancam keselamatan

Malang tidak berbau, maka eloklah apabila menjelang peperiksaan, anak-anak sentiasa dipantau daripada perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan mereka seperti menunggang motor dalam keadaan berbahaya, bermain bunga api dan sebagainya.

Minum air kosong secukupnya

Air merupakan sumber tenaga yang paling utama untuk tubuh anak anda. Jangan bekalkan mereka hanya dengan air kegemaran mereka (air manis-manisan), tetapi, sediakan juga sebotol air kosong agar mereka kekal terhidrasi sepanjang hari persekolah menjelang peperiksaan.

Belajar di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik

Pengudaraan yang baik menjadikan anak-anak lebih fokus, tidak mengantuk dan sentiasa segar untuk belajar. Pastikan tempat belajar anak anda berdekatan dengan tingkap dan bebas dari habuk untuk memastikan mereka sentiasa segar sewaktu mengulang kaji pelajaran.

Belajar di tempat yang mempunyai pengcahayaan yang baik

Pada waktu malam pula, pastikan cahaya mencukupi di tempat anak anda belajar. Pastikan juga tidak terlalu terang sehingga mengundang penyakit rabun silau di kalangan anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published.