7 Jangan Yang Disarankan oleh Rasulullah s.a.w.

Berikut adalah 7 jangan yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian bersama anak-anak.

# 1 – Jangan Marah

Percaya atau tidak, inilah larangan dari Rasulullah s.a.w. Ajarilah anak-anak dengan hikmah dan elakkan marah tak kiralah sama ada terhadap ahli keluarga atau orang luar. Sabar. Sabar kan separuh dari iman.

# 2 – Jangan Banyak Ketawa

Orang yang banyak ketawa hatinya mati. Dan hati yang mati hanya dapat dihidupkan dengan al-Quran. Maka, banyakkan membaca ayat-ayat suci al-Quran bersama ahli keluarga anda.

# 3 – Jangan Menyekutukan Allah 

Bagi anda yang beragama Islam, tiada Tuhan melainkan Allah. Itulah janji kita sebelum dilahirkan hingga ke akhir hayat kita. Oleh itu, kembalilah kepada jalan yang benar. Mulakan dengan membaiki wudhuk dan solat kita, insyaAllah amalan lain bakal menyusul. Wallahualam.

# 4 –  Jangan Menyakiti Jiran

Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa seseorang Muslim tidak akan memasuki syurga selagi mana jirannya berasa tidak selamat atau terancam olehnya. Oleh itu, baikilah hubungan kita bersama jiran kerana ini merupakan nasihat dari Rasulullah s.a.w. sendiri.

# 5 – Jangan Memegang Kemaluan Dengan Tangan Kanan

Yes! Antara 7 Jangan Yang Disarankan oleh Rasulullah s.a.w. ialah ini. Sebaliknya, ajari anak anda untuk menggunakan tangan kanan untuk perkara-perkara yang baik seperti mengambil dan memakan makanan, minum, bersalaman, menghulur dan mengambil sesuatu, atau memegang al-Quran.

# 6 – Jangan Mencaci Makanan

Amalan ini bermula dengan anda! Amalkan sikap bersyukur. Sedap makan banyak, tak sedap makan sikit, namun jangan sesekali menghina makanan terutamanya di hadapan anak-anak. Ini sama sekali dilarang oleh Rasulullah s.a.w.

#7 – Jangan Tidur Tanpa Wudhuk

Selain amalan sunnah, berwudhuk juga merupakan satu ibadah malah menghapuskan dosa-dosa kecil. Amalan sunnah ini jika dimulakan dari kecil pastinya menjadi amalan hidup anak-anak apabila besar nanti.

Subhanallah. Itu tadi 7 Jangan Yang Disarankan oleh Rasulullah s.a.w. Semoga dengan mengamalkan sedikit sunnah dalam kehidupan kita, hidup kita akan bertambah diberkati dan bermakna. Wallahualam.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published.