4 Idea Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir

Bayi baru lahir sememangnya sangat comel dan dinantikan oleh ramai orang. Tak kiralah anda ibu bapa ataupun ahli keluarga terdekat, bayi baru lahir seolah-olah mempunyai aura mereka tersendiri untuk mengajak anda melihat mereka. Namun, tak kan nak melawat tangan kosong saja, kan? Jadi, kali ini kami sediakan anda beberapa idea hadiah untuk bayi baru lahir.

Hadiah pertama : Set mandian bayi

Walaupun bayi, tapi mereka tetap mandi setiap hari seperti kita. Set mandian bayi biasanya dijual dalam pek yang serba lengkap, menarik dan memang sedia untuk dibuat menjadi hadiah untuk si kecil. Hadiah ini juga sangat membantu para ibu bapa.

Hadiah kedua : Set baju bayi

Hadiah ni mungkin nampak susah disebabkan faktor saiz tapi sebenarnya inilah hadiah yang paling mudah diberi. Ini kerana, saiz baju bayi, mungkin tak menepati saiz badan bayi baru lahir, tetapi boleh disimpan untuk diguna pada masa akan datang. Sekiranya anda masih bujang dan tidak pasti bagaimana untuk memilih baju bayi, tip umum yang mudah adalah memilih warna baju dalam kategori warna biru untuk bayi lelaki, dan kategori warna merah jambu (pink)  untuk bayi perempuan. Warna-warna seperti putih dan cream pula adalah umum untuk kedua-dua jantina.

Hadiah ketiga : Set botol susu bayi

Ini adalah seribu rahmat untuk ibu bapa. Set ini amat-amat membantu dan kalau pandai bajet dan berjimat cermat, satu set ni mungkin boleh tahan bertahun-tahun lamanya. Bukan itu saja,  malah barang-barang sampingan dalam set ni seperti puting, teether dsb melebihi keperluan ibu bapa.

Di DLike Delight juga terdapat beberapa set botol susu bayi yang anda boleh pilih dari jenama Tommee Tippee dan Philips Avent. Oleh itu, sekiranya ada ahli keluarga yang mempunyai bayi baru lahir selepas ini, bolehlah anda memilih produk berkualiti dari kami. Klik sini kalau dah tak sabar nak tengok set botol susu bayi yang anda boleh dapatkan. 

Hadiah keempat : Keperluan tempat tidur bayi 

Hadiah yang keempat ni mungkin boleh diberi lebih awal sebelum bayi lahir lagi, namun, sekiranya bayi telah lahir, keperluan tempat tidur bayi yang ideal mungkin buaian bayi. Hal ini kerana, ibu bapa yang telah mempunyai anak sebelum kelahiran terkini akan memilih untuk menggunakan apa yang ada sahaja. Jadi, sekiranya anda menyediakan buaian bayi, mungkin ibu bapa boleh menyediakannya untuk kegunaan nursery, pusat jagaan dan sebagainya.

Itu tadi empat hadiah untuk bayi baru lahir yang mungkin anda boleh guna pakai setiap kali ada bayi baru lahir di kalangan ahli keluarga anda. Sekiranya anda ada idea yang lebih baik, apa kata kongsikan bersama di ruangan komen.

 

 


2 thoughts on “4 Idea Hadiah Untuk Bayi Baru Lahir”

  1. Idea ini sangat menarik dan bagus untuk mereka yang tidak tahu nak beri apa pada ibu yang baru dapat baby. Biasa org bagi baju, kali ni kita buat kelainan sedikit. Botol dan putingnya pasti baby suka kerana ia lembut dan mudah digunakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.