Best : 8 Aktiviti Pra-Penulisan Untuk Ibu Bapa

8 Aktiviti Pra-Penulisan Untuk Ibu Bapa, Best : 8 Aktiviti Pra-Penulisan Untuk Ibu Bapa, Teacher Syeri's Blog

Hari ini, saya ingin kongsikan 8 aktiviti pra-penulisan untuk ibu bapa yang  boleh lakukan di rumah. Pada artikel yang lepas, saya ada berkongsikan dengan anda 3 kepentingan aktiviti harian di rumah yang membantu skil penulisan anak kecil anda (Klik di sini untuk membaca artikel lepas). Ramai ibu bapa tidak sedar bahawa aktiviti pra-penulisan bukanlah hanya latihan dari buku semata-mata. Sebaliknya, sebelum anak-anak dilatih untuk memegang pensel dan alatan penulisan yang lain, otot jejari mereka haruslah dipersediakan dahulu. Ini amat penting supaya apabila menjelang waktu mereka ke sekolah, mereka sudah dapat menguasai alatan yang bakal digunakan di sekolah mereka. Dalam erti kata yang lain, di rumah; mereka boleh diberikan latihan untuk mencapai precision  atau ketepatan kemahiran untuk alat pembelajaran mereka.

Berita baik di sini ialah apa yang bakal saya kongsikan hari ini merupakan aktiviti yang boleh ibu bapa lakukan di rumah tanpa kos yang tinggi. Ini kerana, kebanyakan aktiviti ini boleh dilakukan bersama-sama serta menggunakan alatan harian di rumah. Sebelum itu, sekiranya anda perlu sedikit lagi persediaan untuk anak anda, apa kata anda baca artikel ini dahulu. Tajuknya ialah; Apa Perlu Saya Lakukan Sebelum Melatih Anak Saya dengan Kerja-kerja di dalam Rumah?

Anda sudah bersedia? Jom, baca!

1) Mengelip pakaian dengan menggunakan klip pakaian

Aktiviti pertama dari 8 aktiviti pra-penulisan untuk ibu bapa ialah menyidai pakaian. Ini adalah aktiviti yang ramai ibu di Malaysia takut nak beri kepada anak-anak. Almaklumlah, kalau pakaian terjatuh nanti, kotor pula baju yang baru dicuci. Tip mudah: gunakan penyangkut baju jenis payung dan minta anak-anak sangkutkan pakaian mudah seperti stokin, sapu tangan dan anak tudung. Anda juga boleh cuba untuk membuat reverse pada aktiviti ini dengan meminta mereka menanggalkan pakaian yang telah kering dari penyangkut baju jenis payung tadi.

Tip tambahan: Anda juga boleh menambah aktiviti dengan cara mengangkat kesemua pakaian kering anda bersama-sama penyangkut baju dan kelip baju dan memberi mereka sedikit demi sedikit dan biarkan mereka asingkan penyepit baju dan penyangkut pakaian (hanger). Untuk yang risau jika mereka memijak pakaian yang bersih, pastikan anda cuci kaki mereka, pakaian yang mereka pakai adalah bersih serta boleh juga menyuruh mereka duduk di dalam besen dan letakkan pakaian yang masih ada penyangkut baju tadi berada di sekeliling besen yang mereka duduk.

Ibaratkan mereka sedang menangkap ikan (penyepit baju adalah ikan. Masukkan penyepit baju ke dalam besen. Besen diibaratkan seperti bot nelayan). Mungkin saya kata 8, tetapi selepas membaca tip tambahan ini anda akan melihat tip ke-9 aktiviti pra-penulisan untuk ibu bapa.

2) Menggunting playdough, kertas warna atau pasta

Ramai yang tidak perasan bahawa aktiviti menggunting merupakan satu bentuk aktiviti pra-penulisan. Kita hanya nampak ia sebagai aktiviti menggunakan benda tajam. Tetapi sebenarnya menggunting merupakan salah satu daripada banyaknya aktiviti pra-penulisan untuk ibu bapa cuba di rumah.

3) Menyulam tali pada kasut

Aktiviti ke-3 daripada 8 aktiviti pra-penulisan untuk ibu bapa ini agak sukar pada permulaan tetapi apabila dilatih, anda akan dapati bahawa anak anda boleh melakukannya. Beri mereka masa dan peluang yang cukup. Bantu hanya apabila diminta. Sepanjang aktiviti ini pastikan anda memberikan raut wajah yang meransangkan bukan marah atau tidak sabar.

Amaran:  jangan beri peluang untuk mereka putus asa. Sebaliknya ulang aktiviti ini sehingga menjadi kemahiran mereka kerana pada akhirnya, mereka tetap perlu melakukannya sendiri bukan hanya untuk menyediakan mereka untuk menulis, tetapi sewaktu hendak pakai kasut.

Ingat ayah ibu, ini merupakan satu daripada 8 aktiviti pra-penulisan untuk ibu bapa buat BERSAMA-SAMA anak bukannya anda yang buatkan untuk mereka.

Fokus kita ialah menerapkan kekuatan motorskil supaya proses penulisan menjadi lebih mudah. Nampak macam tiada kaitan tetapi sebenarnya sangat memberi impak besar kepada anak-anak.

4) Mencuci kereta atau memerah air dari span

Aktiviti ini menguatkan anak-anak untuk menggenggam. Selain daripada dua aktiviti ini, anda juga boleh mengajar anak anda untuk memerah kain lap di dapur.

Tip mudah: Pastikan anda telah mengurangkan jumlah air dari kain yang ingin diberikan kepada anak anda supaya lebihan air tidak mengotorkan kawasan rumah. Aktiviti ke-4 daripada 8 aktiviti pra-penulisan untuk ibu bapa adalah renyah tetapi sesuatu yang lebih penting menanti disebaliknya: FUN! Menyeronokkan. Cubalah!

5) Menguli tepung dengan tangan

6)Memicit bubble wrap

Bubble wrap sangat banyak manfaatnya. Jika diberi kepada orang dewasa, ia menjadi stress-reliever  dan jika diberi kepada kanak-kanak mampu menjadi alat yang memupuk tahap fokus mereka. Jadi, lain kali jika anda membeli barang dan mendapati ada bubble wrap, jangan buang. Potong kepada saiz A4 dan berikan kepada anak anda.

Lihat berapa lama mereka akan ralit bermain dengannya. Bunyi pop yang dikeluarkan sudah pasti memberi kepuasan kepada si kecil.

Amaran: pastikan anak anda dalam pengawasan anda pada waktu ini bagi mengelakkan bahaya yang tidak diingini. Lihatlah, sehingga setakat ini 6 dari 8 aktiviti pra-penulisan untuk ibu bapa lakukan di rumah hanya menggunakan bahan-bahan murah yang sering terdapat di rumah kita. Malah, semuanya menyeronokkan. Betul tak?

7) Mencabut masking tape pada meja

Jika anda rasa masking tape bosan dan tidak berwarna, cuba beli sticker warna-warni. Tak perlu yang mahal, sticker harian yang kita guna di pejabatpun sudah memadai asalkan berwarna-warni. Antara 8 aktiviti pra-penulisan untuk ibu bapa ini, saya rasa ini paling ralit.

8) Membuat corak atau lukisan menggunakan jari

Itu tadi artikel yang meriah dengan gambar-gambar supaya anda lebih jelas untuk mencuba 8 aktiviti pra-penulisan untuk ibu bapa yang boleh dicuba di rumah. Seperti biasa, saya berharap anda dapat sesuatu daripada artikel kali ini.

Jangan lupa, kongsikan idea anda pula di ruangan komen supaya ibu bapa lain dapat juga mempelajari sesuatu daripada anda. Juga, kongsikan artikel ini kepada ibu bapa yang mungkin mempunyai anak-anak yang bakal memulakan sesi persekolahan tadika tidak lama lagi. Biar mereka pula cuba 8 aktiviti pra-penulisan untuk ibu bapa ini.

Klik sini untuk melihat latihan-latihan penulisan yang mungkin sesuai untuk anak anda.

Nota kaki: Setiap minggu, saya berkongsi pelbagai cerita suka-duka yang berlaku di sekolah. Almaklumlah bila menjadi guru, ada juga cerita-cerita yang kita saja tahu tetapi ibu bapa tak tahu. Nak tau apakah antara cerita-ceritanya? Jom tonton Cerita Dekat Sekolah di channel Youtube saya.

Anda ada tiktok? Saya ada dan konten masih berkaitan dengan topik pendidikan. Jom follow saya. Klik di sini untuk mula follow. Jumpa lagi pada artikel akan datang dan akhir kata, jangan lupa untuk mencuba kesemua atau mana-mana 8 aktiviti pra-penulisan untuk ibu bapa ini.


Leave a Reply

Your email address will not be published.