3 Kepentingan Aktiviti Harian Di Rumah Untuk Skil Penulisan Kanak-kanak

Semalam sewaktu sedang makan malam, saya terlihat seorang anak dalam lingkungan dua tahun disuap oleh bapanya sambil si anak itu menonton YouTube melalui telefon. Lalu, saya terpanggil untuk menuliskan topik hari ini iaitu kepentingan aktiviti harian di rumah untuk skil penulisan kanak-kanak. Sebelum saya bercakap lebih lanjut hal ini, suka saya katakan ini bukanlah personal attack pada ibu bapa yang beri anak-anak tengok YouTube pada waktu makan. Boleh jadi itu saja screen time anak-anak. Sebaliknya, dari apa yang saya lihat itulah timbulnya topik kita kali ini.

Tahukah anda bahawa dalam aktiviti seharian kita terdapat banyak peluang untuk kita memperkukuhkan gross motorskills anak-anak kita? Aktiviti seperti menyuap makanan sendiri, memegang botol susu, menarik dan menolak barang di rumah walaupun memenatkan ibu bapa sebenarnya amat berfaedah kepada anak-anak kecil. Berikut saya senaraikan 3 kepentingan aktiviti harian di rumah untuk skil penulisan kanak-kanak.

Pengalaman adalah guru terbaik

Pertama sekali, aktiviti harian di rumah akan memberikan kanak-kanak pengalaman dalam hidupnya. Kanak-kanak yang pernah membantu ibu bapa mereka di dapur sudah pasti mempunyai banyak cerita yang ingin dikongsikan berbanding dengan kanak-kanak yang hanya diberikan makanan tanpa melihat bagaimana makanan itu disiapkan apatah lagi disediakan. Selain itu, ibu bapa yang banyak melakukan aktiviti di rumah bersama anak-anak akan mendapati bahawa kanak-kanak sebenarnya tidak memerlukan gajet atau permainan yang canggih untuk menguatkan otot dan motorskills mereka. Contoh aktiviti yang boleh menguatkan motorskills anak-anak adalah seperti mengupas bawang putih dari labunya, mengeluarkan barang dari beg plastik dan menyimpan di tempat yang biasa di simpan oleh ibu bapa, mengupas kulit makanan seperti pisang, menyuap makanan mereka sendiri sama ada menggunakan sudu atau tangan dan banyak lagi. Kesemua ini adalah contoh mudah yang akan memberikan makna kepada kepentingan aktiviti harian di rumah untuk skil penulisan kanak-kanak. Semua aktiviti yang menggunakan tangan ini akan menguatkan otot tangan mereka sebelum mereka bersedia untuk memegang pensel dan mula menulis.

Practice makes perfect

Memandangkan aktiviti harian di rumah adalah percuma dan tidak semuanya berbahaya, maka ibu bapa dan anak-anak boleh mengulangi aktiviti yang biasa mereka lakukan berkali-kali. Dengan ini, secara tidak sengaja bukan sahaja habit formation (pembinaan rutin hidup) terjadi, malah ketepatan dan peluang untuk anak-anak melakukan aktiviti harian di rumah dengan lebih baik akan cerah. Hal ini juga akan memberikan anak anda sense of achievement atau lebih mudah disebut sebagai rasa berjaya. Perasaan begini amatlah baik untuk anak anda supaya mereka tidak mudah kecewa dan lebih bersikap dedikasi dalam mencapai matlamat harian mereka. Contoh aktiviti harian untuk hal ini adalah menyiram bunga. Beri anak anda peluang untuk menyiram bunga-bunga di sekitar halaman rumah. Hari ini mungkin dia akan menyiram keselurahan air ke tanah dan tidak mengenai pokok tanaman anda. Tetapi, beri mereka masa dan peluang untuk mencubanya setiap hari tanpa menghukum, insyaAllah lama kelamaan mereka akan semakin menghampiri sasaran mereka iaitu; pokok tanaman anda. Setelah mereka berjaya, jangan lupa ucapkan syabas dan terima kasih. Berikan mereka penghargaan agar mereka tahu bahawa peranan mereka bermakna kepada keluarganya.

Bila buat baru tahu akibatnya

Teori cause and effect amat penting untuk kanak-kanak. Apabila mereka telah mencuba sesuatu yang mereka teringin lakukan, barulah mereka dapat memahami kemampuan mereka serta risiko setiap tindakan. Apabila mereka memahami risiko ini, mereka akan dapat mengetahui kemampuan mereka sendiri. Contoh aktiviti harian yang boleh dicuba ialah seperti mengangkat barang keluar dari beg plastik pembelian. Beri mereka peluang untuk mengangkat dan meletakkan di tempat yang sepatutnya. Sewaktu mengangkat, bukan sahaja otot tangan mereka diuji, malah mereka juga akan mengetahui sama ada benda yang berada di tangan mereka selamat atau menyakitkan untuk mereka. Apabila otot tangan telah kuat dan terlatih, barulah tangan mereka bersedia untuk aktiviti pra-penulisan. Tekan di sini untuk melihat jenis aktiviti pra-penulisan yang telah saya sediakan.

Kesimpulannya, di atas tadi adalah 3 kepentingan aktiviti harian di rumah untuk skil penulisan kanak-kanak. Diharapkan pada penulisan kali ini, ibu bapa di luar sana akan mendapat sedikit idea untuk melakukan aktiviti bersama anak-anak agar anak anda menjadi kanak-kanak yang bersedia untuk memulakan aktiviti menulis di awal usia sebelum mereka melangkah ke sekolah. Seperti biasa, tinggalkan komen jika anda telah mencubanya dan kongsikan artikel ini dengan ibu bapa yang lain agar lebih ramai ibu bapa mendapat manfaat.


Leave a Reply

Your email address will not be published.