UPSR Dah Habis, Nak Masuk Asrama atau Sekolah Biasa? 7 discovery hanya FRESHIES asrama yang tahu.

UPSR dah habis, nak masuk asrama atau sekolah biasa? Saban tahun soalan ini bermain di minda anak-anak yang bakal menduduki ataupun telah tamat UPSR. Sama ada asrama atau sekolah biasa, kedua-duanya ada baik dan buruk. Dan paling pening sekali dari anda kecil sampailah anda beranak pinak, anda mesti tak boleh nak jawab bila anak-anak kecil tanya anda, “kenapa pergi ke sekolah asrama PENUH?” Penuh?! Penuh, babe! Berikut adalah 7 discovery hanya freshies asrama saja yang boleh ceritakan:

Discovery 1: Beratur dalam tandas setiap pagi untuk mandi

Inilah permulaan kepada kehidupan di asrama walaupun banyak lagi yang mungkin menggamit kenangan anda kerana tak pernah dalam hidup anda akan terfikir untuk berbaris dengan bakul barang mandi anda beramai-ramai di hadapan tandas semata-mata untuk mandi dan rutin ini suka tak suka anda akan lalui selagi mana anda bergelar budak asrama.

Discovery 2: Makan dalam tray

Ini legend! Walaupun pada mulanya anda mungkin akan merasa  a bit annoyed sebab makan dalam tray dan beratur tunggu turn, tapi anda akan kenang zaman ini seumur hidup anda. Paling win ialah bila anda tengok line yang nak ambil makanan tu panjang sehingga ke pintu hujung dewan makan, tapi bila anda dapat makanan dan mula makan dengan gang meja anda, masyaAllah! Nikmat tak terkata. Lagi best bila ada lauk extra dan boleh tambah makan. Mula-mula memanglah anda akan risaukan masa makan yang pendek dan tergesa-gesa, tapi setelah beberapa lama, insyaAllah anda akan pandai adjust masa anda.  Siap boleh makan sambil borak lagi tu.

Discovery 3: Prep

Ini adalah satu disiplin paling unggul untuk setiap anak-anak yang duduk asrama. Walaupun penat, entah macam mana kita semua tetap akan duduk ramai-ramai dan belajar bersama. Paling peliknya, anda yang sebelum ni malas study pun tiba-tiba boleh duduk dalam prep dan belajar diam-diam macam orang lain. Itulah yang dinamakan semangat.

Discovery 4: Katil Double Decker

Yang ni best sebab dari hari pertama anda masuk minggu orientasi lagi anda akan ada dilema sama ada nak tidur katil atas atau bawah. Katil atas sejuk, takut hantu (kononnya nanti hantu tenggek kat siling), takut jatuh dari bahagian atas sampai ke lantai, manakal tidur katil bawah pula panas, member lepak ramai-ramai, bedsheet tak cekang nanti warden bantai, barang tertinggal atas katil warden sapu harta kita bagi kat anak dia, tak pun kena rotan dan paling tak best tidur katil bawah ialah panas! Kipas tak rasa! Itu dilema katil atas bawah. Baru 4 dari 7 discovery yang anda akan temui di asrama.

Discovery 5: Riadah tanpa gadget

Kalau yang perempuan ada yang bertenggek sembang-sembang, ada puak yang kerjanya dok dandan rambut masing-masing je, ada pula yang tak reti-reti berhenti belajar, ada juga puak yang hujan atau panas terik, bola jaring tetap nak main hari-hari. Adapun begitu, boys lebih relaks. Asal ada football semua okay je.

Discovery 6: Lapar memanjang!  

Ini penyakit keturunan bagi kebanyakan yang duduk di asrama. Tak kiralah berapa lama anda akan berada di dalam dorm, pasti ada puak yang akan angkut makanan beribu-ribu tan masa dia balik dari rumah ke dalam asrama. Itu belum lagi duit jajan dia. Tiap-tiap malam puak yang jenis lapar memanjang ni ada je nak dibeli setiap kali habis prep malam. Tapi paling tak best bila ada puak pencuri stok makanan orang lain, ataupun ada pula puak yang jenis bagi apa semua makan. Ada pulak sejenis puak ni, mereka ni pantang tengok orang makan, habis semua makanan orang dia nak mengecak. Anda yang mana satu?

Discovery 7: Antara keluarga dan member hostel

Yang ini pula puak extremist! Ada yang siang malam menghitung hari nak tunggu Jumaat dan pack semua baju kotor dan balik rumah mak ayah. Ada pula yang tiap-tiap minggu duduk di hostel mengalahkan warden sebab dia nak teman member  yang lain. Kedua-dua ni extremists dan sebenarnya adalah masalah kepada keluarga. Anda ada tips untuk menyelesaikan masalah ini?

Itu tadi 7 discovery yang hanya FRESHIES asrama je yang tahu. Pastinya ramai ada peristiwa mencuit hati ketika di asrama kan? Apa kata anda kongsikan kenangan best anda ketika di asrama di ruangan komen dan share artikel anda kepada kawan susah senang anda ketika di asrama. Semoga terhibur denan artikel kali ini.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published.