Anda mesti rujuk 8 perkara ni sebelum memilih taska untuk anak anda

Zaman sekarang ni taska bukan lagi tempat bermain semata-mata. Sebaliknya, ianya adalah madrasah kedua anak-anak selepas pendidikan yang disediakan oleh ibu bapa. Taska juga merupakan pendedahan awal kepada kanak-kanak sebelum melangkah ke alam nyata dunia persekolahan. 8 perkara di bawah boleh menjadi rujukan anda sebelum memilih taska untuk anak anda.

√ Harga

Tipulah kalau ini bukan benda yang utama dalam mencari taska untuk anak anda. Lihat bagaimana sistem pembayaran taska tersebut, sama ada, dibayar secara bulanan, mengikut semester atau tahunan. Pastikan sama ada caj-caj tambahan dikena berserta yuran atau ditambah. Antara caj-caj tambahan yang popular ialah caj pendaftaran, caj peperiksaan, caj over-time stay dan lain-lain. Jika anda berkemampuan, pastikan ianya berbaloi dengan wang yang anda belanjakan. Sebaliknya jika tidak, utamakan dahulu kualiti pembelajaran dan susasana pembelajaran sebelum faktor yang lain. Ingat, taska adalah persediaan awal sebelum ke sekolah. Pastikan first impression anak anda adalah positif mengenai dunia persekolahan.

√ Jarak dengan rumah

Ini penting. Jarak yang tak berapa jauh dari rumah menjadikan experience ke sekolah lebih relax sementara jarak yang jauh memberi impression  bahawa ke sekolah itu adalah satu duty walhal ianya perkara yang kecil saja. Juga penting bila kita nak kena pergi out-station atau tiada di rumah, kita sebagai ibu bapa bolehlah meminta ahli keluarga kita bantu ambil dan hantarkan anak.

√ Waktu penjagaan

Waktu penjagaan juga adalah antara 8 perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum memilih taska untuk anak anda. Mana tidaknya, bayangkan kalau waktu penjagaan mereka ialah 8.0-6.00 p.m. sama seperti pejabat anda, macam mana anda nak hantar anak lebih awal agar tak tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Waktu balikpun macam tu. Sempat tak anda sampai sebelum taska tutup? Kalau tak sempat apa jadi pada anak anda? Kalau berlaku emergency dalam perjalanan, apa jadi pada anak anda di taska? Semua ini perlu diambil kira.

√ Sistem

Setiap ibu bapa ada cara mendidik anak yang tersendiri, begitu juga dengan taska. Jadi, sebelum anda menghantar anak-anak ke taska pilihan anda, pastikan sama ada sistem yang ada di taska tersebut menepati kehendak dan keperluan anak anda atau tidak. Sebagai contoh, ibu bapa yang ingin melihat anak-anaknya celik agama sudah tentu akan memilih taska yang berasaskan agama Islam untuk anak-anak mereka, manakala ibu bapa yang mahu anaknya memahami lebih dari satu bahasa mungkin berminat untuk menghantar anak-anak ke taska yang bermedium Bahasa Inggeris atau Mandarin.

√ Guru-guru dan pengalaman mengajar

Guru yang memahami pedagogy sudah tentunya berbeza dengan guru yang bekerja kerana minat terhadap kanak-kanak. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekuatan, pandai-pandailah anda membuat keputusan, dan inilah antara 8 perkara yang perlu anda kaji sebelum memilih taska untuk anak anda.

√ Bilangan dalam satu kelas

Ini sangat penting. Bukan sahaja ia mempengaruhi persekitaran pembelajaran, malah ianya juga mempengaruhi fokus guru terhadap anak-anak kita ketika di taska. Bilangan dalam kelas juga haruslah bernisbah dengan kadar yang betul mengikut jumlah guru.

√ Kebersihan premis

Kebersihan bukan saja persekitaran dan bilik darjah, tetapi lihat juga bagaimana keadaan di tandas, di tempat penyediaan makanan, di tempat simpanan barang serta pempraktisan guru-guru dan murid – adakah kebersihan asas diamalkan seperti mencuci tangan sebelum mengendalikan makanan dibuat oleh guru-guru dan sebagainya.

√ Makanan

Terlalu banyak untuk diceritakan mengenai makanan. Dari sudut halal dan haram, dari sudut halalan tayyiban (halal lagi bersih), dari sudut pemilihan makanan, sama ada seimbang atau tidak, dari segi sudut kekerapan penyediaan makanan, dari sudut pengendalian lebihan makanan dan akhir sekali dari sudut keselamatan makanan. Semua ini anda patut ambil masa dan perhatikan.

Diharapkan dengan 8 perkara di atas dapat membantu anda untuk mencari taska yang terbaik untuk anak anda di luar sana. Jika difikirkan, lebih banyak lagi perkara yang perlu difikirkan sebelum melepaskan anak-anak ke taska, namun, sekiranya anda ada buah fikiran yang lebih baik, apa kata anda tinggalkan saja komen anda di sini. Juga jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan yang mungkin memerlukan sedikit panduan untuk memilih taska anak-anak mereka.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published.