Attendance Form dari Teacher Syeri Alternatif Kepada Punch Card

, Attendance Form dari Teacher Syeri Alternatif Kepada Punch Card, Teacher Syeri's Blog

Bagaimanakah Attendance Form dari Teacher Syeri mampu menjadi alternatif kepada punch card? Artikel ini menerangkan bagaimana attendance form dari Teacher Syeri boleh dijadikan alternatif untuk mengambil kedatangan pelajar sekiranya berlaku keputusan bekalan elektrik.

Kebaikan mempunyai Attendance Form (borang kedatangan pelajar) yang manual ini adalah ia menjadi penyelamat tatkala berlakunya keputusan bekalan elektrik. Selain itu, borang kedatangan pelajar seperti ini adalah pegangan oleh guru subjek. Jadi, tiada istilah tolong punch atau penipuan di sini. InsyaAllah, guru-guru mengenali muridnya sendiri.

Selain itu, kedatangan begini lebih mudah untuk ibu bapa menyemak dan boleh dilihat dengan mudah mengikut subjek yang diambil oleh anak-anak mereka. Apapun, terpulang kepada pengusaha pusat tuisyen. Attendance form ini adalah alternatif yang tak lapuk ditelan masa, walaupun kecanggihan teknologi mungkin mampu mengatasinya pada suatu masa nanti, wallahualam.

Seperti biasa, kongsikan maklumat ini kepada sesiapa sahaja yang memerlukan informasi ini. Untuk pelbagai lagi S.O.P dan borang berkaitan pusat tuisyen, sila klik pada gambar di bawah.

 

, Attendance Form dari Teacher Syeri Alternatif Kepada Punch Card, Teacher Syeri's Blog


Leave a Reply

Your email address will not be published.