Daftar Sekarang: Kelas Teacher Syeri Kini Dibuka

, Daftar Sekarang: Kelas Teacher Syeri Kini Dibuka, Teacher Syeri's Blog

Pendaftaran Private English Class Sesi 2020 Teacher Syeri Kini Dibuka. Pastikan anda tidak ketinggalan. Sekiranya anda terlihat poster seperti di atas, ini bermakna anda berada berhampiran dengan lokasi di mana kelas tuisyen Teacher Syeri akan diadakan pada sesi 2020.

Kelas ini akan diadakan selama 2 jam bagi setiap sesi. Ini kerana kebanyakan kertas peperiksaan tak kiralah sama ada UPSR, PT3 atau SPM sekalipun semuanya mempunyai durasi melebihi 1 jam. Jadi menurut saya, tuisyen untuk 1 jam tidak memuaskan hati saya untuk mengajar.

Di samping itu, kelas yang ditawarkan oleh Teacher Syeri hanyalah untuk subjek Bahasa Inggeris. Semua kelas diadakan dari hari Isnin hingga Khamis sahaja manakala hari Jumaat pula dibiarkan kosong supaya sekiranya berlaku pembatalan kelas pada satu-satu minggu, kelas yang batal tadi boleh diganti terus pada hari Jumaat minggu yang sama.

Apa yang lebih menarik mengenai private class Teacher Syeri ini ialah kelas sangat private  di mana jumlah maksimum bagi setiap kelas ialah 10 orang sahaja. Yang lebih menggembirakan ibu bapa adalah, semakin ramai anak murid yang mendaftar, yuran menjadi semakin rendah. Dari sudut persekitaran pula, kawasan pembelajaran adalah sangat kondusif kerana berada di dalam kawasan perumahan setempat.

Seperkara lagi megenai kelas private Teacher Syeri ini ialah kelas sepanjang Ramadhan akan diganti lebih awal iaitu sewaktu cuti pertengahan semester pertama. Tiada kelas yang akan dijalankan sepanjang bulan Ramadhan bagi memberi penghormatan kepada bulan mulia tersebut.

Sekiranya anda mempunyai rakan-rakan yang memerlukan khidmat guru Bahasa Inggeris, jangan lupa kongsikan artikel ini kepada mereka. Maklumat yuran dan kelas boleh juga didapati di sini.

 

, Daftar Sekarang: Kelas Teacher Syeri Kini Dibuka, Teacher Syeri's Blog


Leave a Reply

Your email address will not be published.