Sepucuk Surat Untuk Balqis

Alhamdulillah, semoga kali ini, saya dapat habiskan entri ini hingga ke nokhtah terakhir. Sebelum ini saya hanya sempat menyiapkan tajuknya sahaja kerana kisah ini terlalu penuh di dada untuk diluahkan dan diceritakan semula. Alhamdulillah, Surat Cinta Untuk Balqis ini mungkin boleh dihabiskan hari ini – setelah gelora di jiwa menjadi tenang.

Jika sebelum ini saya pernah berkongsi mengenai amalan Ruqyah (KLIK SINI UNTUK BACA SEMULA), kali ini saya nak kongsikan sedikit kejadiaan kecil yang membawa satu pertemuan menarik antara saya dan seorang rakan Ustaz yang kebetulan arif bab-bab benda halus ni.

Ketika itu saya datang berjumpa rakan ini kerana sedang down akibat masalah rumah di Kuala Lumpur yang terpaksa saya lepaskan tanpa rela. Dalam keadaan menangis tu, sahabat saya ni bergurau mengenai jodoh – part yang saya selalu fumble instead of being angry. Andai jodoh tu mudah dan berada di tangan saya, sudah tentu saya tidak keseorangan lagi. Jadi, sedang ligat bercerita sambil menangis, tiba-tiba kawan saya cakap:

” Don’t cry!” 

Saya yang tercengang seraya nak tergelak tiba-tiba jadi akur dan mengesat air mata. Kelakar jugak dengan kawan-kawan yang cakap Arab sampai berbelit lidah tiba-tiba speaking ni. Tapi demi menghormati kawan, saya pun tak jadi gelak.

Kawan saya pun sanadkan 1 ayat. Surah an-Naml: ayat 30. Dia kata ayat ni powerful. Lalu, kami yang semejapun keluarkanlah al-Quran masing-masing. Okay, sahih. Ayat al-Quran. Selepas tu sayapun baca. Oh! Cantik ayat ni. Maka, start dari situ saya pun cuba hafalkan. Dalam kereta, keluar rumah, masuk rumah. 1 ayat je – takkan tak boleh hafal. Jadi, saya cuba. Selepas dua hari, saya mula dah hafal. Maka muncullah pula idea untuk nak tengok huraian ayat ni. Anda nak tengok? Jom kita lihat.

Untuk melihat ayat ni, kita tak perlulah kaji dalam-dalam. Cukup untuk melihat tafsirnya, iaitu:

Ayat 30:

Sesungguhnya, surat ini datangnya dari Sulaiman dan isinya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Membaca saja maksud ayat ini, hati saya sendiri terus terpanah! Terus ter-confuse sekejap. Eh, kawan ustaz hari tu nak kiaskan sesuatu ke? MasyaAllah, kalau benar, indahnya cara tu. Dan kalau tak benar pun (yela kan, kot-kot saya berangan), masyaAllah, indah sungguh ayat al-Quran dan ciptaan Allah.

Seterusnya saya baca pula ayat ke-31 sebagai kesinambungan bacaan. Ia bermaksud begini:

Janganlah dirimu sekalian berlaku sombong terhadapku, dan datanglah kepadaku sebagai orang yang berserah diri.

Haaaa…macam mana? Kalau anda yang membaca ni, anda rasa macam mana? Sebab tulah entri kali ni saya tulis sebagai Surat Cinta untuk Balqis.

Sepucuk surat yang dimulakan dengan nama Allah telah berjaya menawan hati seorang ratu. Kau rasa?!

Okay, jadi untuk menceritakan hal ni lebih panjang, saya bukanlah orang yang arif. Tetapi saya nak kongsikan keseluruhan amalan yang disarankan oleh rakan ustaz tadi yang kini sayapun buat, iaitu:

  1. Surah an-Naml ayat 30
  2. Al-Fatihah
  3. Al-Baqarah 284-286
  4. 3 kul
  5. 10x selawat

Semoga bermanfaat dan selamat jatuh cinta. Kalau anda suka entri Surat Cinta Untuk Balqis ni, apa kata anda kongsikan pada rakan-rakan lain yang mencari jodoh dan mungkin ada gangguan jin. Melalui pembacaan saya di Google, ayat ini juga boleh menundukkan jin. Wallahualam. Silalah rujuk pada yang arif.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published.