Sekolah Tahfiz atau Sekolah Kebangsaan?

Sekolah tahfiz atau sekolah kebangsaan, anda mungkin berdepan dengan soalan yang sama ketika ini. Bagi mereka yang memang telah lama menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz, ini bukanlah persoalan yang besar. Jarang sekali kita melihat ibu bapa kesal menghantar anak-anak mereka ke tahfiz. Kalau adapun, mungkin isu seperti asrama, makanan, tempat tinggal dan peperiksaan-peperiksaan besar seperti SPM yang mungkin agak lewat untuk dipelajari oleh anak-anak tahfiz, namun persoalannya, sekolah tahfiz atau sekolah kebangsaan? Berikut adalah beberapa point penting untuk anda selami sekiranya anda sedang berbelah bahagi.  apapun ketidaktentuan anda, akhir nanti, pilihlah untuk bersolat istiharah. Sesungguhnya hati manusia ini milik penciptanya, dan hanya Allah sajalah yang menempatkan kita di muka bumi ini.

Tahfiz vs kebangsaan 1 : Urusan didikan agama terhadap anak-anak hampir selesai

Ianya bukanlah penyelesaian, tetapi boleh dikatakan hampir selesai urusan didikan agama anda terhadap anak-anak apabila mereka ke sekolah tahfiz. Malah, lebih menguntungkan apabila mereka pula yang dapat mengajar kita selok belok agama yang mungkin seumur hidup kita, kita tak pandai. Namun begitu, jangan salah anggap pada sekolah kebangsaan. Walaupun satu subjek sahaja di sekolah, ianya telah disusun rapi oleh Kementerian Pendidikan untuk memperkukuhkan akidah anak-anak cuma jam pembelajaran agama dengan subjek akademik adalah amat berbeza berbanding dengan tahfiz.

Tahfiz vs Kebangsaan 2: Isu Aurat Selesai 90%

10% yang bakinya akan datang dari sikap amanah anak-anak itu sendiri. Sekiranya dia faham bahawa Allah Maha Melihat, dia akan sentiasa beringat bahawa auratnya wajib ditutup bukan sahaja di dalam sekolah tetapi di mana-mana saja dia berada.

Tahfiz vs Kebangsaan 3: Tak Perlu Pergi ke 2 Sekolah Dalam 1 Hari

Ini paling menguntungkan. Tahfiz zaman sekarang pun dah moden. Semuanya boleh diajar dalam satu hari waktu pembelajaran, jadi tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Kini banyak tahfiz yang menyediakan subjek akademik di pusat-pusat mereka. Jadi, sekolah tahfiz atau sekolah kebangsaan sebenarnya bukanlah masalah yang besar.

Tahfiz vs Kebangsaan 4 : Siapa kata budak tahfiz jobless?

Di sini saya berminat untuk mengambil guru tasawwuf saya, Ustaz Iqbal Zain Jauhari. Beliau asalnya hanya bersekolah kebangsaan dan mempunyai sijil SPM, tetapi berkat minat beliau terhadap ilmu agama, beliau menghabiskan keseluruh masa muda beliau mempelajari bidang tasawwuf dan alhamdulillah, hari ini saya juga antara anak murid yang mengikuti kelasnya. Jadi, siapa kata budak tahfiz jobless? Berapa ramai penceramah di kaca televisyen kita hari ini asalnya adalah budak kebangsaan tetapi mereka sukakan agama, cintakan Allah lalu mereka menuntut ilmu akhirat. Dan hari ini, berapa ramai pula graduan kita yang tidak bekerja? Sesungguhnya rezeki kita bukan pada sijil, tetapi semuanya Allah dah set untuk kita, cuma kita saja perlu berusaha meraih sebanyak mungkin peluang yang ada. Wallahualam.

Diharapkan 4 point penting ini memberi anda sedikit gambaran mengenai perbezaan di antara sekolah tahfiz dan sekolah kebangsaan. Apapun ketidaktentuan anda, akhir nanti, pilihlah untuk bersolat istiharah. Sesungguhnya hati manusia ini milik penciptanya, dan hanya Allah sajalah yang menempatkan kita di muka bumi ini.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published.