S.O.P Pusat Tuisyen Dari Teacher Syeri Kini Berbentuk Virtual

Mesti anda tertanya-tanya bagaimana rupanya S.O.P Pusat Tuisyen Dari Teacher Syeri yang Kini Berbentuk Virtual, kan? Sebenarnya memang kami plan untuk buat dia mudah tetapi sebelum ini, kami kurang pasti dengan jenis sistem yang hendak digunakan sehinggalah kami menjumpainya pada hujung minggu lepas.

Sekiranya anda subscribe channel kami di YouTube  anda akan dapati saya tidak memuatnaik apa-apa video baru minggu lepas. Ini kerana, kami giat mengubah format produk kami yang terdiri daripada pelbagai jenis S.O.P, jadual waktu, label fail dan borang-borang berkaitan pusat tuisyen.

Apa yang menarik tentang S.O.P Pusat Tuisyen dari Teacher Syeri yang virtual ni?

#1 laman web mudah faham

Syukur alhamdulillah. Dengan adanya sistem yang teratur, pembayaran lebih mudah dan sebagai produk virtual, produk ini benar-benar berada di hujung jari anda. Sistem kami tidak mengelirukan serta selamat digunakan.

#2 Borang dwi bahasa

Ya! Borang untuk kegunaan pusat tuisyen kini telah diberi dua versi. Versi Bahasa Malaysia dan Versi Bahasa Inggeris. Ini memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha pusat tuisyen untuk memilih versi yang mana amat berpadanan dengan pusat tuisyen mereka.

#3 tak perlu bayar postage

Yes! Tak perlu lagi. Kita dah nak masuk tahun 2020. Semuanya perlu cepat. Jadi, lupakan masalah postage. Kini anda hanya perlu buat pembayaran dan terus dapatkan produk anda.

Dengan bertukarnya S.O.P Pusat Tuisyen dari Teacher Syeri kepada produk virtual ini, kami juga telah menurunkan folder softcopy kerana sekarang tiada lagi perbezaan antara softcopy atau hardcopy. Hal ini kerana, semuanya kini perlu anda download sendiri. Andalah yang putuskan sama ada ingin menyimpan dalam bentuk soft atau hard copy.

Walau bagaimanapun, ingin saya ingatkan banyak-banyak kali bahawa setiap pembelian hanya datang dengan 1 kali download. Tempoh masa untuk download pula adalah 7 hari selepas pembayaran dibuat.  Jadi, anda kenalah download borang atau S.O.P yang telah anda beli dengan serta-merta selepas pembayaran dibuat bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini. Pihak kami tidak akan bertanggung jawab dengan masalah yang timbul selepas proses pembelian dilakukan.

Diharapkan anda bergembira dengan berita mengenai S.O.P Pusat Tuisyen dari Teacher Syeri yang kini berbentuk visual. Semoga memberi manfaat kepada anda. Seperti biasa, sekiranya anda mempunyai buku-buku menarik untuk dikongsikan, pastikan anda klik di sini untuk berkongsi maklumat buku tersebut. Dapatkan tips dan motivasi dari kami di channel YouTube Teacher Syeri.

 

, S.O.P Pusat Tuisyen Dari Teacher Syeri Kini Berbentuk Virtual, Teacher Syeri's Blog


Leave a Reply

Your email address will not be published.