5 Kriteria Pemilihan Taska – Soalan Dari Ibu Bapa

5 Kriteria Pemilihan Taska, 5 Kriteria Pemilihan Taska – Soalan Dari Ibu Bapa, Teacher Syeri's Blog

Soalan ibu bapa di YouTube video saya (Teacher Syeri) membuka minda saya apabila dia bertanya kriteria pemilihan untuk taska kerana pada masa itu video yang saya kongsikan adalah mengenai cara memilih pusat tuisyen terbaik untuk anak-anak.  Untuk menjawab soalan tu, saya rasa kriteria asas pemilihan tu lebih kurang juga dengan pusat tuisyen tetapi untuk taska ada beberapa ciri-ciri tambahan yang perlu difikirkan.

So, untuk ciri asas, pertama sekali kita kenalah cari yang BERSIH. Kalau anda perasan, di dalam video-video saya di YouTube banyak kali saya tekankan aspek kebersihan. Kebersihan ini penting sebab anak-anak kita datang untuk belajar, kita tak mahu mereka balik bawa penyakit seperti batuk, demam, cirit-birit.
Yang keduanya, PENGURUSAN MASA. Bukan di pusat tuisyen sahaja, tetapi di taska pun pengurusan masa penting. Ini kerana, walaupun kita hantar anak yang kita hantar ke taska tu masih kecil, takkanlah setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan bersilih tahun anak kita nak main saja kan? Kalau nak main kat rumah FREE saja main. Lagi syok, betul tak? So, kita kena tengok apa pengisian masa yang disediakan di taska.
Kriteria Pemilihan Taska yang seterusnya ialah KONTEKS PEMBELAJARAN. Maksudnya, anak kita tu belajar style apa. PlayschoolIslamic montessori atau sistem pendidikan KEMAS. Maaf, saya kurang pasti zaman sekarang masih ada tadika KEMAS atau tidak. Tetapi, sebagai bekas pelajar tadika KEMAS Au3 (yes!), saya bangga pernah bertadika di situ. Saya rasa zaman kanak-kanak saya sangat berkesan dengan pelajaran-pelajaran yang menarik. Zaman sekarang banyak playschool. Sekali lagi pastikan playschool yang anda pilih menerapkan pembelajaran lebih daripada main. Sebagai ibu bapa, anda jangan terkeliru di situ.
Kemudian, MAKANAN. Sekiranya anda ibu bapa yang bekerja, anda mungkin mahukan taska yang menyediakan makanan pada awal pagi supaya anak kecil anda tidaklah menanti terlalu lama untuk makan. Lebih malang lagi, anda terlupa untuk suruh anak anda minum terlebih dahulu sebelum keluar rumah. Sedih, kan? Tak boleh bayangkan bila botol air yang disediakan pula kena diletak jauh dari meja atau tempat anak anda berada. Terpaksalah anak anda tunggu sampai waktu tertentu untuk minum. Nauzubillah min zalik.
Lagi satu, pastikan makanan yang disediakan benar-benar HALAL. Ini kerana, ada ibu bapa yang suka hantar anak-anak untuk belajar bahasa asing atau bahasa kedua, tetapi tidak melihat aspek pemakanan anak-anak sewaktu mereka berada di tempat-tempat ini.
Akhir sekali, tip ke-5 kriteria pemilihan taska adalah KESELAMATAN. Ini bukanlah kriteria terakhir yang patut anda fikirkan, sebaliknya ada ibu bapa yang memastikan inilah aspek pertama sekali yang dilihat lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang yang mana kes-kes penculikan dan penderaan di pusat jagaan dan taska berlaku. Nauzubillah min zalik, semoga kita dijauhkan dari ujian seperti itu. Dalam aspek keselamatan, ada beberapa hal yang perlu dilihat: internally and externally.
Externally – lihat sama ada kawasan taska itu selamat atau berbahaya seperti berada bersebelahan jalan raya yang berkemungkinan berisiko terhadap kemalangan jalan raya atau tidak. Namun, sekiranya kawasan tersebut terlalu sunyi juga memerlukan anda untuk berjaga-jaga. CCTV di sekitar taska pula boleh dijadikan penanda aras bahawa pemilik taska pilihan anda menyedari tentang aspek keselamatan kawasan taska mereka.
Internally – lihat ke bahagian dalam taska yang ada pilih. Adakah bahan-bahan bahaya seperti beg plastik, baldi berisi air, pisau, gunting berada di kawasan yang mudah dicapai oleh anak-anak kecil? Juga, lihat pada elemen-elemen keselamatan seperti adanya alat pemadam api yang mencukupi untuk keluasan premis, bucu-bucu meja dipasangkan edge guard dan tikar atau permaidani tidak berganjak dari lantai supay anak-anak tidak jatuh. Ini semua boleh dilihat sewaktu anda berkunjung ke taska pilihan anda.
Itu tadi 5 kriteria pemilihan taska; soalan dari ibu bapa yang ditanya pada YouTube video kami. Klik pada video di bawah untuk melihat video yang saya katakan. Dan seperti biasa, sekiranya anda mempunyai buku-buku menarik mengenai kanak-kanak untuk dikongsi bersama ibu bapa, pastikan anda share tajuk buku berkenaan di sini.  Sekiranya anda pengusaha pusat tuisyen dan taska dan ingin mengautomasikan pengurusan pusat tuisyen dan taska ada, sila klik di sini untuk mengetahui caranya. Akhir kalam, kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda yang mungkin sedang memilih taska untuk anak-anak sama seperti anda juga. Diharapkan anda belajar sesuatu dari hasil penulisan kali ini.
5 Kriteria Pemilihan Taska, 5 Kriteria Pemilihan Taska – Soalan Dari Ibu Bapa, Teacher Syeri's Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published.