Produk laku keras Philips Avent yang disukai ramai…termasuklah anda!

Kalau sebelum ni kami kongsikan mengenai produk top selling Tommee Tippee, hari ini kami kongsikan pula kisah kejayaan Philips Avent dalam award yang sama, iaitu Loved By Parents 2017. Alhamdulillah anugerah ini adalah hasil dari maklum balas belian ibu bapa di seluruh dunia termasuklah ibu bapa di Malaysia. Baiklah, berikut adalah jenis produk yang berjaya merangkul anugerah baru-baru ini.

Produk Laku Keras Philips Avent yang disukai ramai…termasuklah anda!

# 1 Philips Avent Comfort Manual Breast Pump with Bottle

Produk ini dikatakan sangat menyenangkan ibu-ibu untuk pam susu walaupun manual. Massage system produk ini menyenangkan pengeluaran susu tanpa perlu ibu-ibu tertunduk-tunduk nak cari posisi terbaik ketika pam susu. Setiap bahagian produk ini boleh dibuka dan dicuci satu persatu, maka tiadalah isu kerak susu melekat di mana-mana bahagian pam ini.

# 2 Philips Avent Comfort Single Electric Breast Pump

Tadi manual yang ini elektrik pula. Apapun, kedua-duanya adalah pemenang anugerah. Selain selesa digunakan, ianya ringan, ada tiga laras kelajuan pam dan canggih macam kereta BMW! Sebab apa kami katakan macam tu? Sebab…ianya pakai push start button. Sekali tekan terus pam! Philips Avent menawarkan 2 tahun gerenti dan juga hanya menggunakan 4 biji bateri jenis AAA. Mudah kan kalau ada alat ni?

# 3 Philips Avent 4-in-1 Healthy Baby Food Maker

Melampau bagus alat ni rupanya, memang padanlah dia menang anugerah. Alat ni bukan sahaja membenarkan anda menyediakan makanan si kecil, malah anda boleh freeze dan reheat semula makanan yang dah disediakan dengan menggunakan jag yang disertakan bersama alat ini. Kalau beginilah canggihnya alat ini, pasti tiada ibu-ibu yang selalu keletihan selepas ini. Tahniah, Philips Avent. Untuk pengetahuan, alat ini berkapasiti 1000ml sekali jalan! Bayangkan kuantiti 1000ml tersebut. Silap-silap 1 keluarga boleh makan. Mari kami belanja gambar produk tersebut.

# 4 Philips Avent uGrow Smart Baby Monitor

Alat ini mempunyai sistem SmartConnect yang mana anda boleh sambungkan menggunakan aplikasi iOS dan Android, malah, ianya boleh buat pelbagai lagi selain memerhatikan anak anda. Alat ini lengkap dengan lullabies,lampu tidur, serta boleh mengawal suhu dan kelembapan kawasan di mana anak anda berada. Kameranya pula mencapai ke 720p HD tak kiralah untuk paparan pada waktu siang atau malam! Akhir sekali, alat ini boleh disertakan sehingga 10 kamera untuk anda memantau anak-anak anda. Terbaiklah!

# 5 Philips Avent Natural Bottle 260ml 1Pack & 2Packs

Yang ini tak perlu pengenalan kerana anda juga salah seorang pengguna botol susu ini. Namun, kalau anda masih lagi belum pernah membeli botol susu Philips Avent untuk anak anda, diharapkan selepas anda membaca entri kali ini anda akan terus mendapatkannya di DLike Delight. Produk laku keras Philips Avent ini menjadi terkenal di kalangan ibu bapa kerana saiz besar di bahagian tengahnya yang memudahkan cucian, selain sifat universal botol ini yang boleh diubahsuai untuk diguna secara berselang-seli dengan produk Philips Avent yang lain seperti pemegang botol susu dan puting. Sistem anti-colic juga merupakan faktor utama mengapa ia menjadi pilihan ramai.

Itu tadi, 5 produk laku keras Philips Avent yang disukai ramai dan tentunya disukai oleh anda juga. Sekiranya anda ingin mendapatkan informasi lanjut mengenai produk Philips Avent, silalah ke laman web kami di sini. Seperti biasa, kongsikan fakta menarik ini dengan ibu bapa yang lain agar manfaatnya dapat dikongsi bersama.


2 thoughts on “Produk laku keras Philips Avent yang disukai ramai…termasuklah anda!”

Leave a Reply

Your email address will not be published.