Bila sepatutnya anda tukar botol susu anak anda?

Botol susu sememangnya senjata utama ibu bapa untuk apa jua keadaan. Pemilihan botol susu bergantung bukan sahaja mengikut bajet ibu bapa, tetapi juga bergantung kepada kesesuaian anak-anak menggunakannya. Namun, tak kiralah berapa baikpun kualiti sesebuah botol susu, ianya tetap perlu diganti. Berikut adalah 5 waktu bila sepatutnya anda tukar botol susu anak anda:

KES 1 → Ring neck rosak

Bunyi macam spare part kereta pula point nombor 1 ni. Perkara ni nampak remeh tapi leceh. Bayangkan anda dah pulas elok-elok tapi susu tetap menitis setiap kali anak menyusu. Akibatnya leher anak banjir dengan susu, bajupun kena disalin kerana kalau tidak, anak akan bau muak atau masam. Eeee…gelinya!

Ring neck selalu rosak sebab beberapa faktor. Yang pertama, sebab anda ada habit kalau pulas botol susu tu, anda pulas macam nak perah kain. Rosaklah, bang oi! Yang keduanya, mommy lepas cuci botol main baling je dalam bekas pinggan mangkuk. Patutnya botol susu dikeringkan di drying rack khas. Sebab itulah Philips Avent mempunyai drying rack mereka tersendiri. Memahami hal ini kami sediakan drying rack tersebut di website kami.  Bawak – bawaklah simpan bajet untuk drying rack ni pulak bulan ni ye, mummy and daddy sekalian.

KES 2 → Gambar atau penunjuk aras di bahagian luar botol semakin pudar

            Kes kedua ni anda mungkin membacanya sambil mencebikkan bibir tapi bila difikirkan balik, gambar atau design pada botol susu anak anda tu bukan dibuat sebarangan, jadi kalau dah makin pudar tu, tu tandanya memang lama betullah botol  susu tu dah digunakan. Walaupun ditulis sebagai BPA-Free, selamat dsbnya, adalah elok untuk anda tukar botol susu anak anda.

KES 3 → Botol Retak

            Ya, botol susu anak anda memang plastik tapi bila retak ianya tetap bahaya kerana; 1) anda belum tentu pasti keretakan yang berlaku itu ada di bahagian luar atau dalam botol dan, 2) andaikanlah ianya di bahagian dalam, dikhuatiri akan jadi debris  dan masuk dalam susu anak serta diminum oleh anak anda. Nauzubillah min zalik. Maka jadilah kita ibu bapa yang menderhakai anak-anak kita kerana mengambil haknya untuk mendapat penjagaan yang baik. Allahu, semoga kita dijauhi dari dosa seperti itu ye, mak ayah.

KES 4 → Botol susu yang cerah kian pudar warnanya

Sudah terang bersuluh pula. Kalau dah kelam suluhpun tak Nampak apa, mummy. Ingat tak system anti-colic? Ye mummy, ye daddy, colic tak colic pun kalau dah mula kusam je permukaan botol tu tandanya botol susu baru sedang melambai-lambai bajet mummy and daddy bulan tu. Takpelah, demi anak. Merekapun ada hak mereka. Kes macam ni jangan dibiarkan lama-lama takutada penyakit pula pada kesihatan anak-anak.

KES 5 → Anak anda sendiri yang reject botol tu

Ini total rejection namanya! Ada beberapa sebab kenapa baby reject. Boleh jadi teat flow laju sangat. Kalau teat flow masalahnya, maka ikhtiar dulu dengan menukar putting. Tapi, sekiranya cara ni tak membantu, anda bolehlah bertukar botol susu yang lain.Kadang-kadang botol susu tu gigantic sangat anak mungkin rasa berat sangat nak pegang. Boleh jadi juga saiznya tak friendly untuk mereka. Jadi, sekiranya anda nak memilih botol susu yang bersesuaian dengan usia anak anda, kami cadangkan sangat untuk anda consider jenama Philips Avent.Dari sekecil-kecil botol ke sebesar mug pun ada.

Semoga entri kali ni membantu anda membuat pilihan dengan bijak untuk anak-anak anda. Jadi lepas ni,anda dah tau bila nak tukar botol susu anak anda. Kongsikan fakta menarik kali ini kepada rakan-rakan anda yang bakal menimang cahaya mata. Semoga bermanfaat, insyaAllah.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published.