Pendapat Saya Apabila PT3 Dimansuhkan Mulai 2022

PT3 Dimansuhkan, Pendapat Saya Apabila PT3 Dimansuhkan Mulai 2022, Teacher Syeri's Blog

Berita sedih untuk saya secara personal minggu ini adalah PT3 dimansuhkan mulai 2022. Rupa-rupanya di saat saya sedang bertalian dengan pihak Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) Kuala Lumpur pada tarikh 2 Jun, 2022; di titik waktu yang sama (3:00 petang), Menteri Kanan Pendidikan Malaysia pun sedang menanti saatnya untuk mengumumkan pemansuhan Peperiksaan PT3 mulai 2022. Tujuan saya menghubungi JPS adalah kerana saya ingin mengetahui perkembangan terkini mengenai proses pendaftaran pusat tuisyen selepas COVID-19.

Alhamdulillah, jawapannya menyenangkan hati. Proses pendaftaran pusa tuisyen selepas COVID-19 ini tidak langsung berubah. Masih sama seperti zaman sebelumnya. Cuma, kini JPS telahpun diletakkan di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Jadi, anda yang ingin memulakan perniagaan jenis pusat tuisyen, pusat pendidikan dan taska kini perlu mencari PPD yang selaras dengan kawasan pusat tuisyen anda akan dibuka. Itulah amanat dari JPS hasil panggilan telefon pada hari itu. Apapun, PT3 dimansuhkan mulai 2022. Mungkin ada yang perlu kita fikirkan dahulu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Saya berasa gembira kerana dapat memadam kebuntuan saya mengenai prosedur pendaftaran selepas zaman pandemik, namun tak sangka pula kebuntuan baru muncul sebaik sahaja panggilan telefon itu tamat. PT3 dimansuhkan mulai 2022.

Selaku guru dan pengetua kepada sebuah pusat tuisyen; terdapat beberapa perkara yang saya bayangkan berlaku rentetan pengumuman tersebut.

BONUS: Sebelum kita pergi jauh dalam topik ini, sekiranya anda mempunyai hasrat untuk terus membuka pusat tuisyen, apa kata saya permudahkan anda dengan pakej borang-borang berkaitan pusat tuisyen di sini.

Guru Pakar Hilang Kepakarannya

Saya membayangkan sting guru-guru pakar akan hilang berikutan pengumuman PT3 dimansuhkan mulai 2022 ini. Perasaannya pada tarikh tersebut sama seperti beberapa tahun sebelumnya apabila PMR dimansuhkan sebelum PT3 diperkenalkan.

Dengan ketiadaan peperiksaan utama sebegini, keperluan untuk murid-murid pergi mencari pusat tuisyen hilang sama sekali. Lalu, apakah yang akan menggantikan masa belajar di pusat tuisyen ini? Adakah ibu bapa akan mempersiapkan anak-anak dengan seleksi pembelajaran yang lain atau mereka hanya akan menarik nafas lega kerana wang yuran sudah dapat menjadi wang simpanan?

Apakah Sumbangan Penggubal Soalan Seterusnya?

Selepas PT3 dimansuhkan mulai 2022, apakah lagi sumbangan penggubal soalan? Saya mendoakan agar para guru ini tidak berasa hilang arah atau tidak berkepentingan. Namun, saya amat berharap agar guru-guru penggubal soalan ini dapat melihat peluang baru dalam kerjaya mereka iaitu sebagai content creator atau instructional designer yang melakar dunia pendidikan melalui pengalaman mereka sebelum-sebelum ini.

Keperluan Untuk Bersekolah Menjadi Goyah Apabila PT3 Dimansuhkan Mulai 2022

Kita tidak dapat menafikan bahawa di dalam dunia ini, terdapat ibu bapa yang benar-benar berharap agar pendidikan anak-anak mereka menjadi pengubah nasib keluarga. Peperiksaan demi peperiksaan yang dilalui oleh anak-anak menjadi benchmark kepada harapan mereka. Namun, dengan pengumuman bahawa PT3 dimansuhkan mulai 2022 ini, ibu bapa hilang arah mengenai harapan mereka. Malah, lebih menyedihkan apabila keperluan untuk bersekolah itu sendiri sudah menjadi sesuatu yang dimusykilkan.

Bagaimana Persekitaran Menjawab Peperiksaan Utama Boleh Diterapkan ke Dalam Minda Pelajar

Ini bakal menjadikan anak-anak murid yang tidak pernah menduduki peperiksaan sepanjang hidup mereka menjadi canggung dan panik kerana tiada sebarang pendedahan awal boleh diberikan kepada mereka setelah pemansuhan UPSR dan kini PT3 dimansuhkan mulai 2022.

Hal ini amat perlu difikirkan memandangkan di peringkat universiti, anak-anak ini bakal menduduki lebih banyak peperiksaan formal berbanding penilaian di dalam kelas. Malah, ada juga bahagian-bahagian lain di dalam kehidupan yang memerlukan mereka duduk di dalam setting peperiksaan contohnya seperti peperiksaan jawatan kosong di tempat kerja dan sebagainya.

Relevankah Peperiksaan Besar Dilaksanakan selepas Seabad Bersekolah?

Persoalan ini mungkin bakal terjawab hanya setelah pemansuhan ini diperkemaskan dan masa yang lebih panjang diberikan kepada pihak kerajaan yang memansuhkan peperiksaan-peperiksaan besar seperti UPSR dan PT3.

Apapun, selaku guru dan rakyat, kita mengharapkan agar pengumuman bahawa PT3 dimansuhkan mulai 2022 ini memberi manfaat jangkamasa panjang kepada anak bangsa. Malah, kita juga berharap agar tindakan ini adalah tindakan forward-thinking  dan bukanlah percubaan semata-mata kerana apa saja keputusan di dalam dunia pendidikan kita hari ini, impaknya bukanlah sehari dua. Tetapi, akan mengundang segenerasi sekiranya tidak diperhalusi dengan baik. Wallahualam.

Nota kaki: Selain membincangkan isu-isu terkini dunia pendidikan, saya juga berkongsi pelbagai tip dan teknologi pendidikan di YouTube channel saya. Klik di sini untuk menonton video yang baru saya muatnaik sebentar tadi.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published.