Gayat Ketika Menaiki Menara Eiffel

, Gayat Ketika Menaiki Menara Eiffel, Teacher Syeri's Blog
SAYA GAYAT!
 
Ada tak diantara kita sebenarnya gayat? Kalau ada, maknanya kita geng!
 
Sebenarnya saya tak pernah tahu saya gayat. Mungkin sebab tak pernah naik ke tempat tinggi, jadi saya tak pernah perasankan hal tu.
 
Tapi, pada 23 Mei 2015 ketika di Paris, saya dan adik lelaki saya membuat keputusan untuk menaiki Menara Eiffel sempena hari jadi ibu kami pada hari itu. Walaupun pada masa itu ibu kami di Malaysia, konon-kononnya nanti bila siang di waktu Malaysia, dia akan bangun dengan pemandangan yang dia tidak pernah tengok iaitu pemandangan dari aras atas Menara Eiffel.
 
Setelah 2 jam beratur untuk mendapatkan tiket, maka kamipun naiklah lif untuk menuju ke tingkat atas Menara Eiffel.
 
Sebenarnya Menara Eiffel ini taklah tinggi sangat. Tinggi lagi menara-menara yang kita ada di Malaysia. Menara di Kedahpun lagi tinggi sebenarnya.
 
 
Tetapi…di atas Menara Eiffel lah saya sedar saya gayat!
 
Jadi minggu lepas ketika pergi berjogging di sebuah taman yang ada menara rendah ni, sayapun mencuba nasib untuk cabar diri sendiri.
 
Agak-agaknya saya berjaya sampai ke atas atau tidak? Kalau nak tau, apa kata kita tengok video ni sampai habis. Kalau saya berjaya, saya minta anda kongsikan artikel ni kepada kawan-kawan anda yang gayat juga boleh tak? Biar mereka tahu bahawa kadangkala seronok juga bila dapat mencabar diri sendiri ni. 
Tekan link di bawah untuk mengetahui sama ada saya berjaya atau gagal pada misi kali ni!

Leave a Reply

Your email address will not be published.