Dari WOUII ke Teacher Syeri – Ini Sebab Yang Saya Nak Kongsikan

, Dari WOUII ke Teacher Syeri – Ini Sebab Yang Saya Nak Kongsikan, Teacher Syeri's Blog

Rebranding Exercise dari WOUII ke Teacher Syeri  ini mesti bukan sesuatu yang anda terkejut atau baru perasan kot sebab saya dah kongsikan video di YouTube sebab-sebabnya. Namun, besar hati saya untuk saya kongsikan lagi di sini mengapa rebranding exercise ini perlu dan amat bermakna buat saya.

 

1 WOUII yang dahulu adalah laman web di zaman daif dan fakir saya

Daif dan fakir di sini bermaksud pada masa saya mulakan perniagaan Internet, saya tidak mempunyai wang selepas berlakunya perceraian pada perkahwinan saya yang pertama. Dengan kedaifan dan hati luka itu, saya bangun untuk memulakan sesuatu yang baru dan saya amat yakin dengan perniagaan Internet kerana pada tahun sebelumnya saya pernah menjual sambal goreng kentang yang diberi jenama DLike Delight (sama seperti nama blog ini). Nak beli domain pun tak mampu sementara menanti nafkah eddah pada masa itu, jadi saya pinjam RM129.00 untuk membeli domain dan hosting.

Fakir pula bermaksud kurangnya ilmu perniagaan Internet saya pada masa itu sebab itulah saya mempunyai nama website yang sangat teruk iaitu WOUII. Dahlah ejaan dari outer space, susah nak sebut takde dalam mana-mana bahasa pula tu. Kalau ya pun, mungkin Bahasa Perancis, oui yang bermaksud Yes!

2 Rebranding ini perlu saya lakukan kerana ada keperluan mendesak memandangkan niche perniagaan saya yang berubah

Saya perlu melakukan rebranding ini kerana saya perlu membahagikan kedua-dua jenis perniagaan saya kerana WOUII, seperti yang anda lihat di marketplaces seperti Lazada, PrestoMall dan Shopee menjual produk bayi dan kanak-kanak manakala niche perniagaan saya yang terkini ialah pendidikan. Di niche terbaru ini, saya menjual S.O.P (standard operating procedures), jadi menukar laman web kepada Teacher Syeri amatlah bagus kerana kedua-dua perkataan pusat tuisyen / tuition center dan teacher itu adalah sangat tepat dengan niche pendidikan ini.

Facebook juga elah reject  permohonan saya untuk menukar nama Facebook page WOUII kepada Teacher Syeri, jadi memanglah saya kena buka page yang baru. Alang-alang dah buka yang baru, sayapun teruslah bagi image baru yang lebih segar dan cantik.

Selain itu, S.O.P pusat tuisyen ini juga merupakan core products saya, jadi sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk produk yang diciptakan sendiri.

3 WOUII mempunyai masalahnya yang tersendiri

Umum mengetahui WOUII mempunyai masalahnya yang tersendiri yang menjadikan pencariannya di laman web amat sukar. Antaranya adalah seperti berikut:

  • ejaan yang tidak diketahui umum kerana terlalu “unik”
  • susah nak sebut
  • penampilan yang boring. Logo pun hitam putih sahaja.
  • berbunyi seperti perkataan Bahasa Perancis; oui tetapi ejaan seperti Bahasa Mandarin, jadi ini amat besar masalahnya.

4 Saya memerlukan warna-warna segar dalam imej yang baru

Saya sendiri memerlukan suntikan warna-warni dan keceriaan, jadi rebranding exercise dari WOUII kepada Teacher Syeri ini menjadi batu loncatan saya untuk bermain dengan warna-warna menarik.

Diharapkan perkongsian ini dapat menerangkan kepada anda mengapa rebranding exercise dari WOUII kepada Teacher Syeri ini amatlah perlu dilakukan setelah niche perniagaan saya bertukar. Untuk mendengar cerita ini dengan lebih menarik, video YouTube berkaitan ada sediakan di sini. Semoga terhibur dan jangan lupa, sampaikan berita gembira ini kepada pemilik-pemilik pusat tuisyen yang sedang menderita dengan perniagaan mereka bahawa saya sudah sampai dengan bantuan sepatutnya.

 

, Dari WOUII ke Teacher Syeri – Ini Sebab Yang Saya Nak Kongsikan, Teacher Syeri's Blog


Leave a Reply

Your email address will not be published.