3 kepentingan S.O.P untuk pengurusan pusat tuisyen

, 3 kepentingan S.O.P untuk pengurusan pusat tuisyen, Teacher Syeri's Blog
Terdapat 3 kepentingan S.O.P untuk pengurusan pusat tuisyen yang ingin saya kongsikan pada hari ini. Ianya adalah seperti yang berikut:
1 memberi rekod asas kepada pengurusan pusat tuisyen
S.O.P merupakan rekod yang dapat memberi idea kepada sesiapa sahaja yang berada di dalam bahagian pengurusan pusat tuisyen mengenai setiap langkah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan kelangsungan sesuatu pekerjaaan.
2 memastikan performa yang konsisten
Dengan adanya S.O.P , pengurusan pusat tuisyen anda juga akan mempunyai prestasi kerja yang konsisten. Dan seperti yang Kita sedia maklum, prestasi kerja yang konsisten pasti menghasilkan kejayaan yang bertahan lama.
3 sebagai kayu pengukur prestasi kerja pekerja di pusat tuisyen
Bila kita mempunyai S.O.P yang jelas untuk diikut oleh staff kita, barulah mudah untuk kenalpasti masalah dalam pusat tuisyen kita. Hal ini demikian kerana S.O.P disediakan untuk membantu staff, namun apabila tunjuk ajar yang diberi tidak diikuti, maka mudahlah untuk kita membuktikan kesalahan pekerja.
Tambahahan pula, kegagalan untuk melakukan kerja dengan mengikut S.O.P turut memberi petanda kepada kita mengenai prestasi kerja staff di pusat tuisyen.
Diharapkan anda pelajari sesuatu dari 3 kepentingan S.O.P untuk pengurusan pusat tuisyen di atas. Sekiranya anda faham mengenai kepentingan ini, apa kata anda dapatkan beberapa S.O.P yang berkaitan di laman web kami. Wallahualam, mungkin S.O.P kami dapat membantu pengurusan pusat tuisyen anda.

, 3 kepentingan S.O.P untuk pengurusan pusat tuisyen, Teacher Syeri's Blog

 


Leave a Reply

Your email address will not be published.