Borang Yuran Pusat Tuisyen Ready-Made Ada Di Sini

, Borang Yuran Pusat Tuisyen Ready-Made Ada Di Sini, Teacher Syeri's Blog

Dalam artikel ini, saya sediakan borang yuran pusat tuisyen ready-made dan ianya ada di sini. saya akan menerangkan kepada anda bagaimana borang yuran pusat tuisyen dari Teacher Syeri memudahkan rekod pembayaran yuran.

Minggu ini pintu saya diketuk oleh salah seorang pengusaha pusat tuisyen yang kebuntuan setelah lima tahun beroperasi. Kebuntuan ini, adalah masalah utama setiap pemilik pusat tuisyen – kewangan. Beliau hendak menjual premisnya kerana masalah ini, namun saya memberikan beberapa alternatif. Soalan saya yang pertama pada beliau ialah : ada tak proper financial record? 

Jawapannya …..krikkk…krikkk…senyap seribu bahasa

Inilah masalah utama ramai pemilik pusat tuisyen. Ketiadaan rekod yang bersistem ibarat sebutir fungus yang melekat pada pokok yang rendang. Apabila tidak dicantas bahagian yang rosak, akhirnya sebesar-besar pokok pun rebah ke bumi. Begitulah juga perniagaan kita. Memiliki pusat tuisyen bererti kita akan selalu mendapat wang kerana pada setiap malam ada saja pelajar yang akan membuat pembayaran yuran. Namun, wang ini semua boleh lesap jika tidak ada rekod yang betul.

Menyedari masalah ini saya hasilkan helaian rekod untuk kegunaan harian anda. Borang Yuran Pusat Tuisyen ready-made ini diharapkan dapat memudahkan rekod pembayaran yuran anda. Yang lebih utama, pastikan anda berdisiplin dalam mengisi borang ini. Pastikan jumlah wang yang disimpan dengan jumlah yang ditulis adalah sama. No cheating!

Dari 16 September 2019 sehingga 1 Januari 2020 nanti, kesemua borang dan S.O.P pusat tuiysen dari Teacher Syeri dijual pada harga diskaun. Diharapkan diskaun dan segala kemudahan yang disediakan ini dapat membantu anda memulihkan perniagaan anda. Seperti biasa, jika ini berita yang boleh menggembirakan seseorang, pastikan anda kongsikan maklumat ini pada mereka. Tekan di sini untuk melihat kesemua borang dan S.O.P dari Teacher Syeri. 

 

, Borang Yuran Pusat Tuisyen Ready-Made Ada Di Sini, Teacher Syeri's Blog


Leave a Reply

Your email address will not be published.