2 Cara Untuk Mengelakkan Class Cancel di Pusat Tuisyen Anda

, 2 Cara Untuk Mengelakkan Class Cancel di Pusat Tuisyen Anda, Teacher Syeri's Blog

Hari ini saya nak kongsikan 2 cara untuk mengelakkan class cancel di pusat tuisyen anda. Bagi yang dah biasa menguruskan pusat tuisyen, inilah nightmare yang paling menakutkan ramai pengurus pusat tuisyen. Mana tidaknya, ibu bapa boleh mengamuk kalau class cancel tapi kadang-kala hal ini bukanlah perkara yang disengajakan. Jadi, mari kita belajar 2 cara untuk mengelakkan hal ini.

 

#1 Susun jadual waktu secara scattering

Kita sangat cendurung untuk menyusun sesuatu subjek pada hari tertentu kerana ianya mudah dan nampak cantik dan senang diingat. Namun, ada bahayanya tersendiri. Sebagai contoh; sekiranya anda menetapkan hari Isnin sebagai hari untuk subjek Bahasa Inggeris, masalah akan timbul sekiranya ada guru yang tidak hadir, maka tiadalah guru Bahasa Inggeris yang lain boleh membantu kerana semuanya ada kelas pada waktu yang sama.

Jadi, penyelesaiannya ialah dengan menyusun subjek anda secara scattering iaitu secara taburan. Sebagai contoh; hari Isnin, kelas Bahasa Inggeris hanya untuk kelas darjah 4 dan Tingkatan 3. Hari Selasa pula untuk darjah 5 dan Tingkatan 1. Hari Rabu pula adalah untuk kelas-kelas yang lain. Jadi, sekiranya ada guru yang gagal datang pada hari Isnin, anda boleh minta tolong guru Bahasa Inggeris yang mengajar pada hari Rabu datang untuk menggantikan kelas Bahasa Inggeris guru yang tidak boleh hadir pada hari Isnin tersebut.

#2 Ganti subjek

Kadangkala sukar untuk membuat kelas secara taburan, ataupun mungkin anda dah buat tetapi masalah class cancel tetap timbul. Cara seterusnya yang boleh ditimbang tara untuk mengelakkan class cancel ialah dengan melakukan subject swap atau ganti subjek iaitu anda susunkan guru-guru anda untuk bertukar waktu mengajar sesama mereka pada hari yang bakal berlaku class cancelation. Cara ini bukanlah cara yang terbaik kerana boleh mengganggu jadual guru dan anak-anak murid, tetapi sekiranya anda bernasib baik, semuanya akan kelihatan elok tanpa perlu mendengar rungutan ibu bapa kerana tiada kelas yang berkurang contact hours. 

 

Itu tadi saya kongsikan 2 cara untuk mengelakkan class cancel di pusat tuisyen anda. Semoga perkongsian yang daif ini dapat membantu anda meringankan masalah yang amat sukar dikalangan pemilik-pemilik pusat tuisyen. Seperti biasa, saya mohon anda kongsikan entri ini kepada rakan-rakan anda yang mungkin sedang kebuntuan setiap kali hal ini berlaku. S.O.P pusat tuisyen kami boleh didapati di sini.

 

, 2 Cara Untuk Mengelakkan Class Cancel di Pusat Tuisyen Anda, Teacher Syeri's Blog


Leave a Reply

Your email address will not be published.