Bagaimana untuk anda mulakan perniagaan botol susu Avent dan botol susu Tommee Tippee bersama DLike Delight

, Bagaimana untuk anda mulakan perniagaan botol susu Avent dan botol susu Tommee Tippee bersama DLike Delight, Teacher Syeri's Blog

Sebenarnya taklah susah sangat untuk anda memulakan perniagaan botol susu Avent dan botol susu Tommee Tippee dengan DLike Delight ni. Ianya cuma mengambil 3langkah sahaja. Berikut adalah cara-caranya:

Langkah 1 → Lawati laman web DLike Delight untuk mengenalpasti ciri-ciri utama produk Philips Avent dan Tommee Tippee

Sekiranya anda telah biasa dengan kedua-dua jenama ini, mungkin ianya tidak asing lagi kepada anda. Namun, sekiranya anda masih tidak mengenali produk ini, maka laman web DLike Delight adalah rujukan paling singkat anda untuk mengenali jenama hebat ini. KLIK di sini sekiranya anda belum lagi ke laman web DLike Delight.

Langkah 2  → Klik Daftar Sekarang Seperti Di Bawah

Seterusnya anda akan di bawa ke paparan seperti di berikut:

Sekiranya anda belum mendaftar, pilih New Customer dan tekan continue. Tetapi, sekiranya anda pernah mendaftar, anda bolehlah memilih Returning Customer dan tekan continue. Untuk kedua-dua pilihan ini, anda boleh juga mendaftar menggunakan akaun Facebook anda. Untuk mengelakkan masalah terlupa password, Facebook adalah pilihan yang bijak.

Suka diingatkan di sini, pendaftaran adalah PERCUMA untuk setiap kategori pelanggan kami.

Isikan maklumat anda selengkapnya. Seperti yang kita sedia maklum, DLike Delight merupakan laman web adik beradik kepada laman web WOUII, yang berkonsepkan website for kids and mom. Kesemua pembelian borong untuk pemborong DLike Delight diurus oleh sistem laman web WOUII yang mudah dan selamat.Laman web WOUII juga menyediakan kemudahan dropship bagi anda yang belum bersedia untuk memulakan perniagaan berkonsepkan borong.

Pastikan anda subscribe ke newsletter. Ini amatlah penting untuk anda mengetahui update dan status barang-barang yang ditawarkan. Bukan selalu produk kami out of stock, tapi hal tu tak mustahil terjadi.

Pada bahagian password, letakkan saja password yang mudah untuk anda ingati. Jangan lupa save password anda untuk kegunaan masa akan datang iaitu setiap kali anda ingin membuat pesanan. Setelah selesai, baca Privacy and Policy kami. Tandakan pada kotak yang berkenaan sebelum anda tekan butang continue.

Tada!

Sekarang anda dah sedia untuk memulakan perniagaan botol susu Avent dan botol susu Tommee Tippee bersama DLike Delight!

Jadi, adakah anda sekarang boleh memulakan tempahan borong anda yang pertama? Jawapannya, belum! Berikut ialah langkah akhir anda!

Langkah 3  → Dapatkan First-Time Password anda sebagai wholesaler dengan menghantar e-mail application kepada kami

Setiap hari kami mendapat pelbagai registration daripada pelawat laman web kami, tak kiralah sama ada dari DLike Delight mahupun WOUII. Jadi, untuk membezakan jenis-jenis pelanggan kami, para dropshipper dan wholesaler (peniaga borong) kami perlulah dibezakan.

Caranya hanyalah dengan menghantarkan kepada kami e-mail bagi mendapatkan first-time password anda untuk kami alihkan anda ke kategori pelanggan yang betul. Adakah ini penting? Jawapannya, ya! Amatlah penting. Perbezaan jenis-jenis pelanggan kami akan mempengaruhi harga produk kami. Pastinya harga belian borong adalah berbeza dengan harga belian sebotol.

Tunggu sehingga kami balas e-mail anda bersama-sama first-time password anda. Tukarkan password asal anda kepada password sementara ini. Log-in menggunakan password yang kami dan tukar semula ke password anda yang asal. Cuba log-in semula. Sekiranya berjaya, itu bermakna anda telahpun berada di kategori pelanggan yang selayaknya mengikut permintaan anda (sama ada anda memohon menjadi dropshipper atau pemborong).

Hubungi kami semula menggunakan alamat e-mail yang sama sekiranya berlaku sebarang masalah.

Sekarang, barulah anda sedia untuk memulakan perniagaan botol susu Avent dan botol susu Tommee Tippee bersama DLike Delight! Elok diingatkan, pembelian pertama anda haruslah bernilai RM1300.00. Anda bebas memilih sebarang produk Tommee Tippee mahupun Philips Avent dari bahagian DLike Delight Wholesaler Center yang terdapat di laman web WOUII. Klik di sini untuk ke DLike Delight Wholesaler Center.


2 thoughts on “Bagaimana untuk anda mulakan perniagaan botol susu Avent dan botol susu Tommee Tippee bersama DLike Delight”

  1. Peluang yang tidak seharusnya dilepaskan ni.. Kalau di lihatkan pada top 5 permintaan barangan sekarang dan beberapa tahun yang lepas ini adalah barangan bayi.. InsyaAllah saya akan register nanti.

    1. Untuk pengetahuan En. Ashraf, produk best-selling di 11street setiap tahun adalah lampin pakai buang pelbagai jenama (iaitu produk barang bayi). Sememangnya industri barangan ibu dan anak memang tak terpengaruh oleh trend atau musim. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.