7 Keperluan Bayi Baru Lahir Yang Dicari oleh Ibu Bapa di Malaysia

Berikut adalah 7 keperluan bayi baru lahir yang dicari oleh ibu bapa di Malaysia. Sumber ini diperoleh berdasarkan jumlah carian terbanyak di Google.

Baju Baby Murah

Mungkin pada zaman ekonomi tenat seperti sekarang, ramai ibu bapa mencari barang-barang murah. Ini termasuklah baju baby murah walaupun untuk bayi baru lahir mereka. Takpelah, murah bukan bererti tak elok. Murah juga bukan bererti tak cantik. Lagipun baju baby murah atau tidak sebenarnya hanya akan dipakai sekejap sangat. Almaklumlah baby kan cepat membesar.

√ Katil Baby Murah

Haaaa…yang ini lagi satu. Ianya juga dicari dengan harga yang murah-murah saja. Tak lain tak bukan, katil baby murah! Yelah, baby kan cepat membesar, kejap je katil baby (cot) yang cantik-cantik tu jadi tak muat.

√ Botol Susu

Barang ketiga ni pastilah dicari oleh setiap ibu bapa terutamanya ibu-ibu yang bekerja. Masakan tidak, habis saja pantang nanti pasti bayi-bayi kesayangan terpaksa dihantar ke rumah pengasuh atau dijaga oleh ahli keluarga yang lain. Pastinya bayi-bayi comel ini perlu dilatih untuk minum susu melalui botol susu.

Jadi, sementara masih boleh melatih, ibu-ibu selalunya dah cari awal-awal botol susu yang terbaik untuk bayi mereka. Untuk itu, apa kata anda klik di sini kerana kami juga menyediakan botol susu yang berkualiti tinggi untuk ramai ibu bapa di luar sana.

√ Jenis Susu Formula

Kesian, tapi inilah kenyataannya. Susu Formula juga termasuk dalam salah satu keperluan bayi baru lahir yang dicari oleh ibu bapa. Ini adalah sebagai persediaan yang dilakukan oleh ibu-ibu yang bekerja kerana sudah tentu setelah tamat sahaja tempoh berpantang, anak-anak akan dihantar di rumah pengasuh atau dijaga oleh ahli keluarga yang lain mahupun bibik di rumah, maka sudah tentulah jenis susu formula yang terbaik harus dipilih sejak awal kelahiran bayi lagi.

√ Lampin Pakai Buang

Kepentingan yang tak dapat dilupakan dan amat berjasa kepada ibu bapa adalah lampin pakai buang. Bukan saja ianya mudah digunakan, malah lebih praktikal pada zaman sekarang. Lampin pakai buang biasanya dibeli oleh ibu bapa secara online dalam kuantiti yang amat banyak kerana jumlah kegunaan harian juga adalah tinggi.

Set Mandian

Pada awal kelahiran, inilah antara keperluan bayi baru lahir yang difikirkan oleh ibu bapa. Kalau tak bersesuaian dengan kulit bayi, macam-macam boleh terjadi. Tak kurang juga dengan masalah kulit yang memang dihidapi oleh bayi sejak lahir lagi. Antara masalah dan tindak balas biasa yang dialami bayi adalah ruam lampin, ruam peluh, mengelecet dan eczema.

√ Nursery Terbaik

Walaupun ini benar, tetapi inilah keperluan bayi baru lahir yang terakhir setiap ibu bapa ingin cari. Tanyalah mana-mana ibu pasti kebanyakannya akan berasa berat hati untuk meninggalkan bayi baru lahir mereka ke tangan orang lain tetapi apakan daya, desakan hidup memaksa mereka. Bagi memastikan yang terbaik untuk anak-anak, ibu bapa sudah tentu memilih nursery yang terbaik untuk anak mereka. Sudah tentu setiap ibu bapa mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih nursery untuk anak-anak.

Itulah tadi 7 keperluan bayi baru lahir yang kerap di cari oleh ibu bapa di Malaysia berdasarkan hasil carian di Google. Semoga perkongsian kali ini akan menambah keyakinan anda dalam memulakan perniagaan barangan ibu dan anak anda.

 


2 thoughts on “7 Keperluan Bayi Baru Lahir Yang Dicari oleh Ibu Bapa di Malaysia”

  1. Terima kasih kerana berkongsikan maklumat ini. Kadang-kadang perkara yang asas macam ni lah selalu yang terlupa nak survey dan sediakan Hehehe 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.