3 Langkah Mengekalkan Momentum Menulis Blog

Memandangkan blog ini telah mula mencapai jumlah entri yang telah saya tetapkan sebelum ini, di sini saya ingin berkongsi dengan anda 3 langkah mudah mengekalkan momentum menulis blog yang saya amalkan untuk mencapai ke tahap ini.

Langkah 1: Set clear & realistic goals

Sejak dari hari pertama lagi blog ini dimulakan, saya telah terlebih dahulu menetapkan jumlah entri yang saya ingin lihat dalam sebulan. Selepas itu, saya juga meletakkan goal yang realistic , iaitu satu matlamat yang boleh dicapai iaitu untuk menulis sebanyak 30 entri kurang dari 6 bulan dan seterunsya, 40, 80, 100 dan seterusnya. Pastikan anda sedar bahawa setiap goal  yang telah anda ciptakan itu telah dicapai agar anda tidak merasa jauh dari goal  anda.

Langkah 2: Kecilkan goal besar 

Langkah seterusnya untuk mengekalkan momentum menulis blog adalah dengan mengecilkan goal  anda yang besar. Pada mulanya, saya menulis goal saya iaitu hendak melebihi 30 entri dalam masa kurang dari 6 bulan. Seterusnya, saya tulis dengan lebih terperinci berapa jumlah entri yang saya ingin lihat berada di dalam blog saya pada setiap bulan. Dengan adanya goal kecil sebegini, ianya memudahkan saya malah memberi inspirasi untuk mengekalkan momentum menulis blog agar tidak terkena penyakit writer’s block.

Langkah 3: Terus maju

Langkah paling mudah dan terakhir untuk mengekalkan momentum menulis blog adalah dengan cara terus sahaja menulis tak kiralah sama ada perkara yang dituliskan itu pendek atau panjang. Apa yang penting bagi saya ialah topik yang dikongsikan hendaklah berkaitan dengan niche perniagaan anda serta sentiasa positif.

Itu saja 3 langkah mengekalkan momentum menulis blog. Semoga anda yang telah mula terasa kesunyiaan kerana ketiadaan idea untuk menulis bolehlah mencuba tips ini. Diharapkan perkongsian kali ini memberi anda manfaat.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published.