Sepotong Ayat Dari Al-Quran: Al-Fatihah

Ternyata pada zaman moden ini penulisan bukanlah suatu kerja yang mudah apatah lagi di saat masa sentiasa menghambat kita. Namun, kali ini saya tekad untuk memulakan siri terbaru saya iaitu sepotong ayat dari al-Quran dengan membawa kita sama-sama mengenal umul kitab, Al-Fatihah.

Hari ini sebenarnya saya mendapat panggilan daripada salah seorang pemilik cawangan Genius Aulad. Di dalam perbualan kami, kami ada membincangkan kepentingan membaca al-Fatihah dengan betul. Saat diperingatkan begitu, saya sebenarnya jadi takut. Bagaimanakah bacaan kita sedangkan taraf surah ini adalah umul kitab, surah yang wajib pada setiap rakaat dalam solat. Nauzubillah min zalik, takut memikirkannya. Tak seronok mengambil sepotong sahaja dari surah ini, jadi di sini saya kongsikan keseluruhan tafsir surah Al-Fatihah. Semoga kita mendapat manfaat dari perkongsian ini, insyaAllah.

1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Yang menguasai hari pembalasan.
5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
6. Tunjukilah kepada kami jalan yang lurus.
7. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Allahu akbar, besarnya maksud surah ini. Tidak hairanlah mengapa ianya menjadi umul kitab. Ketujuh-tujuh ayat terlalu indah dan saling melengkapi. Inilah mukjizat al-Quran. Selamat beramal. Kongsikan kepada rakan-rakan dan keluarga anda untuk manfaat bersama.


Leave a Reply

Your email address will not be published.