RM40.00

Novel The Deserted Wife ini ditulis dalam dwi-bahasa, iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Buku ini amat mudah bahasanya dan tidak bosan dibaca. Malah, setiap helaian akan membawa pembaca untuk terus menghabiskannya untuk mengetahui hujung ceritanya. Dikatakan buku ini juga sangat menginspirasikan ramai wanita agar terus berusaha walaupun setelah mengalami kegagalan rumah tangga.

Description

Novel The Deserted Wife mengisahkan perjalanan seorang wanita di dalam perkahwinannya yang gagal dalam masa singkat iaitu 4 bulan. Kisah di dalam buku ini banyak mengambil tempat di Kota Kinabalu, Sabah.

Kisah bermula apabila wanita berusia 20-an mula terpikat dengan suami orang yang dikenalinya melalui social media pada malam hari kelahirannya. Permulaan yang hanya melalui laman sosial kemudian bertukar menjadi pertemuan di Kota Kinabalu. Namun, setelah pertemuan kedua; si lelaki tersebut mengajak wanita muda itu berkahwin.

Permainan perasaan bermula seawal ini apabila si wanita kurang pasti akan keputusannya untuk berkahwin dengan suami orang, namun semuanya telah terlewat apabila dia telahpun memberitahu keluarganya bahawa ada orang ingin memperisterikan dirinya.

Kisah bertambah kompleks apabila tiada halangan diterima dari pihak isteri pertama mahupun kedua ibu bapa si wanita tersebut. Namun, sebaik sahaja pernikahan berakhir dan pasangan pengantin baru itu pulang ke Kota Kinabalu, segalanya berubah. Dia mula menyedari bahawa dia tidak mengenali siapa lelaki yang dikahwini sebenarnya.

Keretakan demi keretakan berlaku apabila beliau mula mendapat tahu satu persatu mengenai lelaki yang penuh bermasalah itu. Pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan dirinya dan rumah tangganya, namun semakin diusahakan, semakin keruh keadaan jadinya. Semua ini berlaku dalam masa singkat iaitu 4 bulan. Akhirnya, dia benar-benar menjadi The Deserted Wife.

Novel yang ditulis dalam dwi-bahasa ini memenangi tempat untuk Koleksi Perpustakaan Desa (PD) tahun 2020 yang dipilih oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).  Melalui pemilihan tersebut, sebanyak 507 buah buku telah disalurkan ke seluruh perpustakaan desa di seluruh Malaysia pada tahun yang sama. Terdahulu, buku ini juga dijual secara online dan telah terjual sebanyak 200 naskah. Sehingga kini, buku The Deserted Wife hasil karya Syeri Al-Habsyi masih dijual secara aktif di dalam talian serta di blog-blog yang mengambil bahagian.

 

Buku ini amat mudah bahasanya dan tidak bosan dibaca. Malah, setiap helaian akan membawa pembaca untuk terus menghabiskannya untuk mengetahui hujung ceritanya. Dikatakan buku ini juga sangat menginspirasikan ramai wanita agar terus berusaha walaupun setelah mengalami kegagalan rumah tangga. Untuk cebisan yang lebih lanjut, sila baca sinopsis lanjut di sini.

Additional information

Weight 0.3 kg
Dimensions 15 × 3 × 3 cm

Leave a Reply

Your email address will not be published.