Kenapa Kanak-Kanak Tak Suka Makan Sayur?

Ini adalah sebab mengapa kanak-kanak tak suka makan sayur. Walaupun artikel kali ini bukanlah hasil ujian saintifik tetapi diharapkan melalui artikel kali ini, ibu bapa bolehlah merancang sesuatu yang menarik.

#1 Tiada dalam rancangan makanan di sekolah 

Untuk pengetahuan ibu bapa, sebenarnya Kementerian Kesihatan dengan bantuan Kementerian Pendidikan ada menyediakan garis panduan penyediaan makanan kepada sekolah-sekolah, namun beberapa faktor lain menjadi punca ketiadaan sayur di dalam makanan harian anak-anak murid di sekolah. Antaranya termasuklah :

  1. Peruntukan kepada kantin adalah sikit memaksa kantin-kantin di sekolah yang berada di sekolah untuk memotong kos barang dan sayur dibeli pada kadar paling minima atau tiada, atau digantikan dengan sayur dalam tin atau sayur campur yang diproses.
  2. Sayur sering kali dimasak di dalam masakan tetapi dalam cara yang tidak dimakan oleh kanak-kanak seperti bendi di dalam kuah kari, tomato di dalam kuah kurma dan sebagainya. Bukan sahaja ianya merosakkan zat sayuran tersebut, malah memberi ketakutan kepada anak-anak apabila mereka ingin termakan sayuran tersebut. Akibatnya, anak-anak akan memilih untuk mengasingkan sayur-sayuran di dalam masakan sebegini.

#2 Mak ayahpun tak makan sayur

Ini masalah keturunan. Ramai di kalangan ibu bapa yang rumah mereka sayur tak masuk jadi, bagaimana penerapan memakan sayur-sayuran dapat diamalkan? Sekiranya ibu bapa tidak memakan sayur-sayuran, alternatif kepada masalah ini adalah dengan menggantikan dengan buah-buahan yang sedap dan mudah dimakan seperti anggur, kurma, kismis, epal dan sebagainya. Terapkan juga untuk anak anda membawa buah ke sekolah setiap hari. Jangan bekalkan satu benda sahaja.Boring!

#3 Hari-hari sayur yang sama 

Ini masalah yang ada di mana-mana sahaja. Di rumah emak masak sup bayam, di sekolahpun sup bayam yang makcik kantin sediakan. Tetapi, kenapa kita ambil kesemua sayur yang ada ketika kita membeli sandwich di Subway? Sebab sayurnya tidak dimasak dan lain dari yang ada di rumah kita, kan? Inilah fenomena yang juga berlaku di sekolah. Kenapa sandwich di sekolah hanya ada hirisan timun tua? Cuma 2 hiris pula. Hal ini boleh diubah jika kita tukar jenis sayuran yang disediakan pada setiap hari sebelum kita lihat semula kenapa anak-anak tak suka makan sayur.

#4 Kulihat hijau

Seperi point nombor 3, apabila kita bercakap mengenai sayur, sering kali terbayang dalam kotak minda kita daun-daun hijau walhal sayur-sayuran ada pelbagai warna. Lobak berwarna oren, kobis berwarna ungu, tomato berwarna merah, kacang berwarna coklat, bunga kobis berwarna putih, labu berwarna kuning dan banyak lagi warna-warna menarik yang sepatutnya terhidang di dalam pinggan makan kita pada setiap hari. Jom, kita tukar!

#5 Tak biasa

Sayur bukan makanan waktu sakit. Sayur juga bukan makanan di atas katil hospital. Sayur juga bukan makanan ketika perut tak lawas. Sayur sepatutnya di makan secara harian seperti mana kita mengambil makanan yang lain. Jadi, tak hairanlah kenapa kanak-kanak tak suka makan sayur. Early training kita yang ada kepincangan. Gambaran yang diberikan tidak tepat mengenai kepentingan memakan sayur-sayuran.

#6 Tak Sedap

Bukan semua sayur tak sedap. Dan jika ada sayur yang tak sedap, eloklah difikirkan bagaimana hendak memenangi hati kanak-kanak untuk makan sayur-sayuran. Terkini ramai ibu bapa yang menggunakan konsep bento yang menggunakan pelbagai jenis sayur-sayuran di dalam penyediaan bekalan anak-anak ke sekolah. Anda juga boleh cuba teknik.

Sekian dahulu untuk artikel kali ini. Ayuh kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan sepejabat anda yang mempunyai anak yang culas memakan sayur agar mereka faham kenapa kanak-kanak tak suka makan sayur.

 


5 thoughts on “Kenapa Kanak-Kanak Tak Suka Makan Sayur?”

Leave a Reply

Your email address will not be published.