Ayat-ayat Ruqyah Syariýah Mengikut Turutan

Alhamdulillah, terlebih dahulu saya panjatkan syukur ke hadrat Allah Azza Wa Jalla kerana dengan izin-Nya entah macam mana malam tadi saya terjumpa turutan. Saya terlupa (salah saya, mohon dimaafkan) untuk mengambil website link nya namun, ilmunya saya dah ambil. Saya mohon sekiranya pemilik blog atau penulis yang asal membaca artikel ini dihalalkan perkongsian ini.

Walaupun ruqyah tidak asing lagi untuk saya, namun, saya tidaklah tahu tertib atau susunannya. Selalunya saya hanya baca potongan-potongan ayat dari al-Quran yang saya ketahui merupakan ruqyah tetapi tidak diketahui which comes and goes first. Alhamdulillah, berkat perkongsian hamba Allah ini, saya pun memulakan bacaan saya malam tadi dengan hati gembira kerana telah berjumpa ilmu yang baru. Jadi, rancangan asal saya ialah untuk menghantar email kepada ibu saya mengenai Ayat-ayat Ruqyah Syariýah mengikut turutan ni, namun, alang-alang menulis, mungkin elok saja saya kongsikan untuk semua orang. Semoga penulis asal ini diberkati atas ilmu yang diberikan. Amin.

Amalkan hidup dengan panduan al-Quran dan as-sunnah.
  1. Surah Al-Fatihah, Juzuk 1, ayat 1-7
  2. Surah Al-Baqarah, Juzuk 1, ayat 1-5
  3. Surah Al-Baqarah, Juzuk 1, ayat 102
  4. Surah Al-Baqarah, Juzuk 2, ayat 163-164
  5. Surah Al-Baqarah (ayatul kursi), Juzuk 3, ayat 255 – diulang 7 kali
  6. Surah Al-Baqarah, Juzuk 3, ayat 285-286
  7. Surah Ali-Imran, Juzuk 3, ayat 18-19
  8. Surah Al-Araf, Juzuk 8, ayat 54-56
  9. Surah Al-Araf, Juzuk 9, ayat 117-122 – diulang 7 kali
  10. Surah Yunus, Juzuk 11, ayat 81-82- diulang 7 kali
  11. Surah Toha, Juzuk 16, ayat 69 – diulang 7 kali
  12. Surah Al-Mukminun, Juzuk 18, ayat 115-118
  13. Surah As-Soffaat, Juzuk 23, ayat 1-10
  14. Surah Al-Ahqaf, Juzuk 26, ayat 29-32
  15. Surah Ar-Rahman, Juzuk 27, ayat 33-36
  16. Surah Al-Hasyr, Juzuk 28, ayat 21-24
  17. Surah Al-Jin, Juzuk 29, ayat 1-9
  18. Surah Al-Zalzala, Juzuk 30, ayat 1-8
  19. Surah Al-Ikhlas, Juzuk 30, ayat 1-4
  20. Surah Al-Falaq, Juzuk 30, ayat 1-5
  21. Surah An-Naas, Juzuk 30, ayat 1-6

Alhamdulillah. Syukur kita dilahirkan Islam dan diperturunkan dengan mukjizat al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Semoga pelajaran yang kecil saya peroleh dari hamba Allah yang share kan informasi ni juga menjadi pelajaran untuk mereka yang memerlukan. Selamat beramal dengan Ayat-ayat Ruqyah Syariýah mengikut turutan di atas. Wallahualam.


3 thoughts on “Ayat-ayat Ruqyah Syariýah Mengikut Turutan”

  1. Jazakillah kheir sis for the sharing.. It is very meaningful in our daily life..

Leave a Reply

Your email address will not be published.