5 Tempat Menarik Untuk Dilawati Seisi Keluarga Pada Hujung Minggu Ini

Hujung minggu sememangnya dinantikan oleh semua orang, sama ada anak-anak ataupun ibu bapa. Ada yang suka duduk di rumah sahaja, tetapi ada juga yang suka berlibur. Di sini kami sediakan tempat menarik untuk dilawati seisi keluarga pada hujung minggu ini.

Yang Sukakan Cabaran

#1 Jumpstreet

Terletak di Petaling Jaya (berdekatan Jaya One), menariknya Jumpstreet ialah kepelbagaian aktiviti di trampoline area mereka. Pelbagai  jenis loncatan boleh dilakukan dengan bantuan demonstrasi dari krew Jumpstreet. Kemudahan lain seperti tempat makannya yang best serta surau dan tandas yang bersih ada di sini. Ibu bapa boleh masuk bersama-sama di mana-mana trampoline idea yang disediakan.

#2 District 21

Berbeza sedikit dengan Jumpstreet, District 21 terletak di dalam pusat membeli belah IOI City Mall, Putrajaya. Walaupun indoor, tapi lalu je depan pintu masuk District 21 ini sudah cukup mengujakan kerana anda akan tertarik untuk melihat apa yang ada di dalamnya. Sebaik saja melepasi “pintu kebal” District 21 keriangan pasti terpancar di wajah anda.

Ini kerana District 21 bukan saja menyediakan kawasan trampoline, malah mempunyai lebih dari 5 jenis kawasan aktiviti yang lain seperti wall climbing, free fly dan pelbagai lagi. Kesemua aktiviti boleh dilakukan oleh ibu bapa dan anak-anak.

Sang Pencinta Alam

Sekiranya anda rasa keluarga anda dah cukup terperuk di dalam rumah dan asyik bergantung dengan gadget, apa kata bawa mereka keluar rumah hujung minggu ni ke tempat-tempat di mana mereka bebas melakukan aktiviti riadah mengikut pilihan masing-masing.

# 3 Taman KLCC

Taman KLCC dahulunya popular dengan air berirama serta mempunyai kawasan kanak-kanak bermandi-manda, mempunyai lebih daripada itu. Bukan saja ada tempat beristirehat di dalam taman, malah, ada juga aktiviti seperti yoga berkumpulan, taici, dan jika anda suka berjogging, inilah tempatnya. Dan terkini, di sekitar Menara Berkembar Kuala Lumpur telah kelihatan OBike, iaitu basikal yang bebas untuk anda gunakan hanya dengan menggunakan peranti applikasi di telefon bimbit anda. Oleh itu, bolehlah minggu ini anda memilih Taman KLCC sebagai satu daripada 5 tempat menarik untuk dilawati seisi keluarga pada hujung minggu ini.

#4 Hutan Simpan Bukit Nenas, Kuala Lumpur

Okay, untuk yang sukakan aktiviti dalam hutan, anda boleh cuba ke Hutan Simpan Bukit Nenas. Ini adalah salah satu hutan yang sangat cantik di tengah-tengah ibu kota di samping canopy walk yang ada serta pelantar di permulaan canopy walk yang berserta surau untuk anda tinggalkan seketika ahli keluarga yang gayat ataupun tak minat untuk berjalan di atas jambatan gantung canopy walk di situ.

Pengkaji Sejarah

Sekali-sekala elok kita perkenalkan sejarah negara kepada anak-anak. Tak perlu dengan cara membosankan, sebaliknya biar mereka lihat sendiri dengan mata kepala mereka bagaimana sesuatu sejarah tercipta. Dan untuk 5 tempat menarik untuk dilawati seisi keluarga pada hujung minggu ini, apa  kata kita ke memorial Tun Abdul Razak.

#5 Memorial Tun Abdul Razak

Tempat ni best dan sangat relevan untuk masa sekarang kerana ianya merupakan kediaman Perdana Menteri kita yang sekarang iaitu Dato’ Seri Najib Tun Razak membesar bersama ibu bapanya yang juga bekas Perdana Menteri Malaysia.

Di sini, anda dan anak-anak akan melihat sendiri sudut-sudut di mana aktiviti kekeluargaan dijalankan seharian di dalam rumah tersebut. Anda juga dapat melihat di beberapa sudut di kediaman ini, diletakkan papan informasi yang memberitahu kita fungsi sudut tersebut. Yang menarik sekali di kediaman ini ialah kawasan ruang tamunya, bilik mengaji Al-Quran, bilik membaca Tun Abdul Razak serta yang paling menarik ialah bilik tidur Dato’ Seri Najib sendiri. Kesimpuannya, melawat ke kediaman ini seolah-olah anda sedang bertandang ke rumah seorang kenalan anda kerana kita semua masih berpeluang melihat Dato’ Seri Najib hampir setiap hari di media-media massa.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published.