3 Waktu Larangan Untuk Anak-anak Memasuki Kamar Ibu Bapa

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk berkongsikan sedikit ilmu dan alhamdulillah, kali ini saya ada informasi mengenai 3 waktu larangan untuk anak-anak memasuki ke kamar ibu bapa. Larangan ini nyata dan jelas dinyatakan di dalam al-Quran surah An-Nur ayat 58 dan berikut adalah waktu-waktunya:

Sebelum solat subuh

Tengah hari

Setelah solat isyak 

Anak-anak perlu diajar waktu-waktu larangan ini supaya mereka lebih menghormati privasi ibu bapa.

Antara sebab-sebab larangan untuk anak-anak memasuki ke kamar ibu bapa pasa waktu ini adalah atas faktor aurat serta perkara-perkara sulit (privacy)  yang lain. Oleh itu, dari awal lagi, ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak untuk sentiasa mengingati bahawa waktu-waktu di atas adalah waktu rehat untuk anda berdua yang mana sekiranya mereka hendak mendapatkan anda di dalam bilik tidur, anak-anak hendaklah terlebih dahulu meminta izin daripada ibu bapa.

Itu tadi 3 waktu larangan untuk anak-anak memasuki kamar ibu bapa. Selamat beristirehat seisi keluarga. Semoga kita sentiasa beramal berlandaskan al-Quran dan hadis. InsyaAllah.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published.