3 Sebab Perlunya Portal Khas Dokumen Pusat Tuisyen

, 3 Sebab Perlunya Portal Khas Dokumen Pusat Tuisyen, Teacher Syeri's Blog

Saya menyediakan portal khas dokumen untuk pusat tuisyen kerana ianya penting sekiranya berlaku perkara-perkara berikut kepada pengusaha-pengusaha pusat tuisyen (nauzubillah min zalik, semoga dijauhkan):

  • Kebakaran

Kemalangan adalah sesuatu yang tidak dijangka dan di luar kawalan kita. Sekiranya berlaku kebakaran pada premis pusat tuisyen kita, sudah tentu banyak dokumen akan hilang. Untuk mewujudkan semula dokumen yang telah hilang itu bukanlah perkara yang boleh dibuat dalam sekelip mata. Setidak-tidaknya akan mengambil masa beberapa hari, bahkan beberapa bulan. Jadi, dengan adanya website yang menjual segala dokumen asas pengurusan pusat tuisyen seperti Teacher Syeri, sekurang-kurangnya anda tidak akan membuang masa mewujudkan dokumen yang telah hangus dijilat api.

  • Kerosakan dokumen

Banjir atau kecuaian semasa bekerja seperti tertumpah makanan ke atas borang dan sebagainya juga adalah faktor yang boleh menjadi sebab mengapa seseorang memerlukan semula borang atau apa sahaja dokumen baru di pusat tuisyen mereka. Bayangkan sekiranya handcopy anda dikotori. Bagaimana anda boleh gunakannya semula sekiranya kotor? Jawapannya, anda memanglah memerlukan koleksi borang pusat tuisyen dari Teacher Syeri.

  • Pecah amanah

Inilah yang paling ditakuti. Bayangkan sekiranya anda bangun pagi ini dan dapati pusat tuisyen anda telah digeladah dan segala dokumen TOP SECRET hilang. Apa nak buat? Memahami kemungkinan inilah saya di Teacher Syeri mewujudkan portal khas dokumen untuk pusat tuisyen. InsyaAllah, kami boleh menjadi penyelamat anda sekiranya anda memerlukan.

Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga Allah melindungi kita dari 3 sebab tak terduga mengapa perlunya portal khas dokumen untuk pusat tuisyen ini. Namun, sekiranya ia menimpa anda dan pusat tuisyen anda, ingatlah kami di Teacher Syeri.

 

, 3 Sebab Perlunya Portal Khas Dokumen Pusat Tuisyen, Teacher Syeri's Blog


Leave a Reply

Your email address will not be published.