1 Hari 1 Sunnah : Mengibas Tempat Tidur Sebelum Tidur

, 1 Hari 1 Sunnah : Mengibas Tempat Tidur Sebelum Tidur, Teacher Syeri's Blog

Rasulullah s.a.w. menganjurkan kita untuk membersihkan tempat tidur kita sebelum kita tidur, iaitu; dengan mengibas-ngibas katil kita. Hal ini, selain sebagai langkah kebersihan juga dianjurkan kerana kita tidak tahu apakah yang berada di sebalik tempat tidur kita, wallahualam. Hal ini jelas berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. seperti berikut:

Dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :
” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.” – Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.


2 thoughts on “1 Hari 1 Sunnah : Mengibas Tempat Tidur Sebelum Tidur”

Leave a Reply

Your email address will not be published.