1 hari 1 sunnah : 3 Keuntungan Mengamalkan Sunnah

, 1 hari 1 sunnah : 3 Keuntungan Mengamalkan Sunnah, Teacher Syeri's Blog

Allahumma solli ala Muhammad wa ali Muhammad.

Selawat dan salam ke atas penghulu kita, Nabi S.A.W.

1 hari 1 sunnah kali ini akan saya share kan keuntungan mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. yang pada masa sekarang telah diabaikan oleh orang Islam. Keuntungan mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. amatlah banyak jika kita kupas satu persatu namun, berikut adalah keuntungan harus difikirkan sejenak sekiranya kita masih berasa malas untuk mengamalkan sunnah:

 “Sesiapa yang meminta mati syahid dengan benarnya, Allah akan menyampaikan hajatnya itu pada kedudukan mati syahid, walaupun dia meninggal di tempat tidur-nya.”

(Hadis riwayat Muslim (al-Nawawi, 1972, jil.13: 56).

1 Rasulullah s.a.w. adalah Nabi yang dihantar kepada umatnya sebagai panduan kehidupan

Allah itu Maha Adil. Dia menurunkan seorang Nabi kepada setiap umat mengikut zaman masing-masing. Kita, walaupun menjadi umat akhir zaman; sebenarnya paling beruntung kerana dapat menjadi umat Nabi yang paling dimuliakan Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan kepada kita sebagai pedoman dan petunjuk, pemberi penjelasan mengenai keraguan dalam perlaksanaan kehidupan seharian kita. Ini bukan sahaja untuk tujuan melakukan ibadat wajib, tetapi juga dalam muamalah seharian seperti makan, minum, riadah dan beristinjak. Setiap perbuatan, tingkah laku, pengiyaan (affirmation) Rasulullah s.a.w. adalah sunnah supaya menjadi panduan kepada umatnya.

Jadi, mengapa kita perlu meneruskan kehidupan dengan cara membabi-buta atau tanpa panduan sedangkan panduan telahpun Allah turunkan melalui kitab-Nya, al-Quran dan Rasulullah s.a.w. Amatlah rugi bagi kita kerana tidak mengambil panduan ini sebagai penyelamat kita. Wallhualam.

2 Sunnah sebagai identiti orang Islam

Sebenarnya dengan adanya sunnah, umat Islam dapat membina identiti sedunia di mana kita dikenali sebagai seorang Islam berdasarkan pendekatan kita terhadap urusan seharian kita. Namun, oleh kerana kejahilan kita sendiri terhadap sunnah Rasulullah s.a.w., maka identiti Islam hari ini semakin pudar. Apapun, dengan rajinnya kita berselawat ke atas penghulu kita nabi Muhammad s.a.w., diharapkan kita akan terus terbuka hati untuk mengamalkan sunnah agar identiti Islam dalam diri kita dapat dibina dan seterusnya Islam dikenali semula di dunia. Wallahualam.

3 Pahala mengamalkan sunnah bersamaan dengan 100 pahala mati syahid

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa yang meminta mati syahid dengan benarnya, Allah akan menyampaikan hajatnya itu pada kedudukan mati syahid, walaupun dia meninggal di tempat tidur-nya.”

(Hadis riwayat Muslim (al-Nawawi, 1972, jil.13: 56)

Kita cuma memerlukan 1 kematian pada nyawa kita yang juga 1 ini untuk mendapat segala pengampunan Allah, namun pahala yang diberikan kerana mengamalkan sunnah pula adalah bersamaan 100 pahala mati syahid. Subhanallah. Kaya sungguh Allah dengan rahmat-Nya.

Dengan ganjaran sebesar ini, adakah kita masih lagi enggan menghidupkan sunnah dalam hati kita, dalam kehidupan kita serta dalam nafas kita? Sesungguhnya kita amat rugi walaupun tidak melakukan sunnah itu tidaklah berdosa.

Wallahualam. Semoga series 1 hari 1 sunnah ini juga menjadi asbab untuk kita semua kembali mengamalkan sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. Mari kita kongsikan untuk kebaikan bersama. Sekiranya anda mempunyai bahan bacaan lanjut untuk series 1 hari 1 sunnah ini, sumbangan tajuk buku boleh dilakukan di sini. Jazakumullah khairan jaza’ saya ucapkan. Assalamualaikum.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published.