Perletakan Jawatan Dr Maszlee Malik Satu Kehilangan Besar Dunia Pendidikan

, Perletakan Jawatan Dr Maszlee Malik Satu Kehilangan Besar Dunia Pendidikan, Teacher Syeri's Blog

Petang semalam kita digemparkan dengan berita perletakan jawatan Dr Maszlee Malik yang merupakan satu kehilangan besar dunia pendidikan.

Lewat petang ini; Malaysia dan dunia pendidikan negara dikejutkan dengan perletakan jawatan Menteri Pendidikan kita, Dr Maszlee Malik yang juga merupakan seorang lulusan Ph.D dan presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM). Berita ini menyedihkan kami para guru yang benar-benar merasai dan mendapat manfaat dari segala perubahan dan pembaharuan yang dibawa oleh Dr Maszlee Malik (MM).

Sebagai seorang guru yang memerhati secara dekat setiap perubahan yang dibawa oleh MM, saya merasakan bahawa pengunduran yang dinasihatkan oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri ini adalah cadangan yang kurang tepat pada masanya; iaitu ketika perancangan sedang bermula dan baru dilaksanakan, namun terhenti, dihentikan, tergendala dan mungkin bakal dibatalkan oleh sesiapa saja yang bakal mengambil alih jawatan tersebut.

Keduanya, saya merasakan bahawa perletakan jawatan ini sebagai pertarungan bahaya kepada industri pendidikan negara kerana figura MM dalam dunia pendidikan bukan dibuat-buat. Beliau ialah “orang lama” dalam gelanggang pendidikan memandangkan beliau juga pernah berkhidmat sebagai tenaga pengajar.

Ketiganya, sudah tentulah kerana beliau pernah menjadi tenaga pengajar. Kekuatan ini dan berbekalkan kelulusan tertinggi beliau menjadikan amat sukar untuk penggantinya meneruskan aspirasi yang telah dibawa oleh beliau.

Apapun, perletakan jawatan Dr Maszlee Malik satu kehilangan besar dunia pendidikan buat saya secara personal. Saya follow MM di Instagram. Pastinya selepas ini Instagram beliau akan lebih kepada isu politik dan perkembangan Simpang Renggam berbanding mengenai pendidikan. Wallahualam.

Dari saya di Teacher Syeri, saya ucapkan terima kasih kepada Dr Maszlee Malik. Terima kasih kerana sentiasa mendengar dan mengutamakan para guru. Jazakallahu khairan khatira. Tabarakallah, Dr Maszlee.

Dapatkan tatacara pengurusan pusat tuisyen dengan S.O.P Pusat Tuisyen dan sesi konsultansi bersama Teacher Syeri. Klik gambar dibawah untuk maklumat lanjut.

, Perletakan Jawatan Dr Maszlee Malik Satu Kehilangan Besar Dunia Pendidikan, Teacher Syeri's Blog


Leave a Reply

Your email address will not be published.