7 Tip Mengajar Untuk Cikgu Baru

, 7 Tip Mengajar Untuk Cikgu Baru, Teacher Syeri's Blog

7 tip mengajar untuk cikgu baru ini saya hadiahkan untuk mereka yang baru bergelar guru pada tahun 2020 ni. Setiap guru berpengalaman asalnya juga seorang guru praktikal dan guru muda. 15 tahun dulu, saya juga begitu.

Tujuh tip ini adalah sebahagian daripada rutin yang dilakukan oleh guru di pelbagai peringkat di mana-mana institusi pendidikan di dunia (okaylah, di Malaysia!). Jangan risau kalau anda asyik-asyik tak mahir atau score markah rendah sewaktu microteaching. Anak murid kita manusia, kita manusia, pemeriksa kita juga manusia. Apa yang elok untuk kita tak selalunya elok untuk orang lain, tetapi itu tak bererti kita patut berputus asa. Apa yang tak sesuai untuk satu kumpulan murid, mungkin baik untuk kumpulan murid yang lain. So, keep on trying. Mari kita mulakan.

#1 lesson plan

Saya pernah terima WhatsApp dari kawan sekerja yang berharap sesiapapun yang bakal menerajui Kementerian Pendidikan Malaysia, mansuhkanlah kewujudan lesson plan (rancangan pengajaran). Para guru sekalian, bukanlah guru kalau kita tak suka buat lesson plan.  Ia adalah seperti sekampit perasa dalam bungkusan mee Maggi kita. Kalau takde serbuk perasa tu, apalah gunanya beli mee Maggi, kan?

Lesson plan  sepatutnya menjadi waktu atau medium untuk guru-guru berimaginasi dalam menyediakan pengajarannya. Ia tak perlu terlalu penuh dengan objektif, tak perlu terlalu banyak ABM (alat bantuan mengajar). Apalah guna lesson plan  cantik dan memenuhi kehendak pengetua tetapi akhirnya anak-anak murid kita masih ditakuk lama. Mereka masih tidak merasa impak pengajaran kita. Ini semua sia-sia. Jadi, pastikan lesson plan anda datang datang dari hati…dan ke hati anak-anak murid anda, bukan hati orang lain.

#2 short notes

Bila baru-baru mengajar, short notes memang membantu. Kalau kita dapat subjek lain dari stream kita pun, short notes lah penyelamat. Jadi, awal2 ni jangan takut bawa short notes. Tak perlu sentiasa pegang short notes anda semasa mengajar. Letak pada meja guru dan tengok bila perlu. Kalau terlupa tak apa, rujuk kembali. Be natural. Be human. Kita semua manusia. Kita bertindak sewajarnya.

#3 practise

Sebelum nak ke kelas, boleh dulu bincang dengan kawan-kawan seperjuangan atau betul-betul berlatih di depan cermin. Memang kita akan gelakkan diri sendiri, tapi takpe. Lebih baik ditertawakan diri sendiri dari ditertawakan anak murid. Zaman sekarang ni dah ada kamera pada telefon, lagilah mudah untuk rekod dan semak diri sendiri.

#4 ask around

Tip ke-empat dari 7 tip mengajar untuk cikgu baru ini ialah rajin bertanya. Tanyalah guru-guru berpengalaman di sekitar tempat kita duduk di bilik guru. Tak perlu risau kalau dia bukan orang yang mengajar subjek yang sama dengan kita. Apa yang penting, pedagogi pendidikan tetap sama merentasi segala subjek. Jadi, rajin-rajinlah bertanya.

 

#5 set induction

Bagi saya, set induction adalah penyelamat keadaan. Tak kiralah penyelamat untuk anak murid atau anda, set induction adalah umpama penenang keadaan untuk sesebuah kelas. Ambil masa untuk anda sesuaikan dengan persekitaran kelas. Perhatikan semua muka anak-anak murid dahulu sebagai langkah awal supaya nanti anak murid tak kata kita tak buat eye contact dengan mereka.

#6 Facilitate

Kalau kita masih banyak yang perlu diperbaiki dari sudut pengajaran, persediakan anak-anak murid kita dengan sesuatu yang boleh dibincang bersama ketika waktu kelas. Maksudnya, mereka melakukan lebih banyak proses pembelajaran manakala kita hanya membantu menyumbang idea dan tunjuk ajar hanya bila mereka perlukan kita sahaja.

#7 Recap

Tip akhir dari tajuk hari ini, iaitu 7 Tip Mengajar Untuk Cikgu Baru ialah recap atau ulang kembali apa yang telah diajar dan dipelajari oleh pelajar pada hari itu. Recap juga membantu anda untuk mengingat kembali sama ada objektif pengajaran anda telah tercapai atau tidak untuk hari berkenaan.

Kepada guru-guru yang baru menyertai dunia pendidikan pada tahun 2020 ini, selamat datang ke dunia yang penuh kasih sayang saya ucapkan. Tiada pekerjaan yang paling banyak diucapkan terima kasih melainkan kerja ini. Nasihat akhir saya, jagalah akhlak dan pemakaian kita di hadapan murid-murid. Mereka mencontohi apa yang dilihat dari kita. Kadang kala kita tidak sedar mereka sukakan kita tetapi itulah hakikatnya.

Jika anda ingin membuka pusat pembelajaran anda sendiri, jangan lupa dapatkan tatacara kerja pengurusan pusat tuisyen hasil formulasi saya di www.teachersyeri.com

, 7 Tip Mengajar Untuk Cikgu Baru, Teacher Syeri's Blog

 


Leave a Reply

Your email address will not be published.