6 adab menuntut ilmu untuk diamalkan oleh pelajar

, 6 adab menuntut ilmu untuk diamalkan oleh pelajar, Teacher Syeri's Blog

6 adab menuntut ilmu untuk diamalkan oleh pelajar ini pernah dikongsikan secara ringkas di laman Instagram teacher, tapi apapun hari ni teacher nak ulang semula perkongsian ini memandangkan ini baru minggu pertama persekolahan. Elok rasanya anak-anak perhatikan semula

#1 Memahami bahawa ilmu itu milik Allah

Perkataan ilmu itu sendiri merupakan salah satu daripada sifat 20 Allah. Oleh itu, kalau anak-anak murid hari ini merasa pelik mengapa pelajaran yang sama boleh difahami oleh seseorang tetapi tidak dirinya, maka dia perlulah sedar bahawa ilmu adalah milik Allah. Lalu, Allah berhak memberikan hakNya kepada siapa yang dikehendaki dan menyimpannya daripada sesiapa yang dikehendakiNya. Jangan berasa sedih jika tak faham sesuatu pelajaran, sebab boleh jadi kita ada kelebihan ilmu pada bahagian lain yang mungkin tidak dimiliki oleh orang lain.

#2 Berguru

Ini penting namun sering dilupakan. Dengan kemajuan teknologi, kita sering berasa kita boleh belajar tanpa guru. Namun, sebenarnya tidak. Setiap ilmu baru yang kita dapat, ianya menjadi lebih refined dengan adanya guru. Ini tidak dapat dilakukan dengan belajar bersendirian.

Hal ini lebih penting apabila kita mempelajari ilmu agama, kerana tanpa guru, dikhuatiri kita akan sesat pula.

#3 Bersanad

Ini khusus untuk ilmu agama. Bersanad bererti ilmu yang betul yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. tanpa diseleweng, dikurangi atau ditokok tambah. Wallahualam.

#4 Menuntut ilmu yang bermanfaat

Adab seterusnya dari 6 adab menuntut ilmu untuk diamalkan oleh pelajar ialah menuntut ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang tidak baik adalah satu kerja yang sia-sia, manakala ilmu yang bermanfaat tidak semestinya pelajaran dari buku teks sahaja. Sebaliknya, ilmu yang bermanfaat itu adalah apa-apa pelajaran yang dapat memberi manfaat kepada diri anda dan orang di sekitar.

#5 Mengamalkan ilmu

Seterusnya ialah mengamalkan ilmu. Ada ilmu tapi tak guna, lama-lama hilang juga ilmu yang dipelajari. Mungkin di sekolah hari ini kita banyak merasa ketidakperluan mempelajari beberapa subjek pelajaran. Tetapi, insyaAllah, pada masa akan datang, ke semua pelajaran hari ini dapat diintegrasikan dengan ilmu-ilmu yang sedia anda miliki untuk meneruskan kelangsungan hidup.

#6 Menyampaikan ilmu

Kadangkala kita takut untuk menyampaikan ilmu yang kita tahu kerana kita takut orang lain akan jadi lebih advanced  dari kita. Ada juga kadangkala kita taknak menyampaikan ilmu yang kita ada kerana kita rasa ilmu kita itu senjata kita. Sekali lagi, lihat point nombor 1 tadi. Ilmu itu milik Allah.

Jadi, tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana ilmu yang kita ada bukan hak kita. Cuma dipinjamkan saja. Kalaulah benar menyampaikan ilmu itu akan menyebabkan kita ke belakang atau tewas, bagaimana pula nasib para guru yang setiap hari mengajar anak-anak muridnya?

Anda rasa artikel kali ini menarik? Jom kongsikan pada rakan-rakan anda.

Dapatkan konsultansi pengurusan pusat tuisyen anda bersama Teacher Syeri di sini. 

, 6 adab menuntut ilmu untuk diamalkan oleh pelajar, Teacher Syeri's Blog


Leave a Reply

Your email address will not be published.