4 Cara Pembelajaran Menarik Di Sekolah Pendidikan Khas Yang Ramai Orang Tak Tahu

, 4 Cara Pembelajaran Menarik Di Sekolah Pendidikan Khas Yang Ramai Orang Tak Tahu, Teacher Syeri's Blog

Topik 4 Cara Pembelajaran Menarik Di Sekolah Pendidikan Khas Yang Ramai Orang Tak Tahu ini bukanlah hasil penulisan saya sendiri. Walaupun saya pernah mengajar pelajar berkeperluan khas (special need students), saya bukanlah guru yang bertauliah di dalam bidang ini. Saya cuma, dengan izin Allah; dapat merasakan pengalaman menarik dan manis ini. Alhamdulillah, Allah izinkan pengalaman ini.

Jadi, di sini saya kongsikan sedikit hasil perkongsian bersama cik Aisyah Anowar.

1) Lebih melibatkan pengalaman yang sebenar dalam proses Pembelajaran dan Pengajaran (P&P)

Di sekolah pendidikan khas, pelajaran pertama yang ramai ibu bapa tidak tahu ialah; sekolah ini mengutamakan pengalaman berbanding penghafalan pelajaran. Pendek kata, sekolah pendidikan khas ini menyediakan first-hand experience kepada pelajar mereka. Dengan cara ini, pelajar lebih memahami keperluan pelajaran itu sendiri. Di samping itu, dengan adanya pengalaman, mereka diharapkan agar tidak takut untuk berdepan dengan masalah yang sama atau hampir sama di dalam kehidupan seharian mereka.

2) Banyak menggunakan aktiviti yg kreatif dan menarik utk mencapai objektif pembelajaran

Cara pembelajaran menarik yang kedua di sekolah pendidikan khas yang ramai orang tak tahu ialah aktiviti P&P yang menarik yang disediakan oleh guru-guru hebat lagi bertauliah.  Aktiviti kreatif memanglah perlu sangat-sangat sekiranya anda berada di dalam sekolah pendidikan khas. Ini kerana, pendidikan yang nampak mudah dan biasa bagi kita mungkin amat mencabar bagi anak-anak yang berkeperluan khas ini. Jadi, tahniah saya ucapkan kepada para guru di sekolah-sekolah pendidikan khas yang selama ini sentiasa memikirkan cara terbaik mengajar anak-anak ini. Saya selaku guru mahrain ini salute  kepada guru-guru pendidikan khas di luar sana. Semoga Allah memberkati kalian.

Oleh itu, ibu bapa di luar sana jangalah berasa kurang yakin atau takut untuk menghantar anak-anak anda yang berkeperluan khas ke sekolah-sekolah khas ini. Lebih penting lagi, janganlah anda berasa sedih untuk menghantar ke sana. Kita semua perlu berfikiran jauh dan terbuka. Satu hari nanti, pelajaran di sekolah-sekolah seperti inilah yang akan membantu mereka dengan kelangsungan hidup masing-masing.

3) Tidak hanya melihat kepada teori sahaja.

Tiada istilah menghafal sesuatu pelajaran di sekolah ini. Apa yang penting, kesemua proses pendidikan dapat diikuti oleh pelajar serta tidak membebankan atau menjadikan pelajar berputus asa untuk mencuba aktiviti yang sediakan.

4) Murid tidak duduk dan menggunakan pensel dan kertas sahaja semasa proses Pembelajaran dan Pengajaran (P&P)

Perkara terpenting mengenai pembelajaran di sekolah berpendidikan khas ialah ianya tidak tertumpu kepada chalk & talk. Sebaliknya, para pelajar diberi keutamaan melalui kaedah pembelajaran yg berpusatkan murid atau lebih dikenali sebagai student-oriented learning. Di sini, pencapaian murid dilihat sepanjang proses pembelajaran dan dan bakat seseorang murid akan dihargai dan digilap di aliran pendidikan khas ini.

Maka, selamat saya katakan, pembelajaran ini lebih menghargai bakat atau kemahiran seseorang murid itu. Keadaan yang relaks begini akan membuatkan kemahiran itu dapat dimanfaatkan dalam kehidupan mereka, insyaAllah.

Semoga 4 cara pembelajaran menarik di sekolah pendidikan khas yang ramai orang tak tahu ini telah membuka mata kita semua. Saya selaku pemilik laman blog ini mengucapkan terima kasih kepada cik Aisyah Anowar atas perkongsian kali ini.

Berikut ialah profil cik Aisyah:

  • Nama: Nurul Aisyah Bt Mohd Anowar
  • Latar belakang pendidikan: Bachelor of Occupational therapy (Hons.) UiTM Puncak Alam
  • Grad on: June 2019
    – Practicum: Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
    – Scholarship holder under Ministry of Education (MOE)
    – Specialised in Special Education
    – Do home-based therapy as part time (locum)
  • Untuk mendapatkan khidmat pendidikan khas atau terapi carakerja (occupational therapy), beliau boleh dihubungi di 012-943 6798

 

Seperti biasa, jika anda rasa perkongsian kali ini bermanfaat kepada orang lain, sila SHARE artikel ini kepada mereka yang memerlukan. Untuk guru-guru yang mempunyai hasrat untuk membuka pusat tuisyen sendiri, kami di WOUII ada menyediakan S.O.P Penyediaan Pusat Tuisyen serta borang-borang berkaitan pusat tuisyen di sini. Kami juga boleh diikuti di channel Youtube (WOUII).

 

, 4 Cara Pembelajaran Menarik Di Sekolah Pendidikan Khas Yang Ramai Orang Tak Tahu, Teacher Syeri's Blog

 


Leave a Reply

Your email address will not be published.